CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

12 Wanita Cuak Disaman Isteri Love Scammer

20-7-2022 08:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1137| Komen: 0

Sekumpulan wanita di Thailand meminta nasihat guaman kerana bimbang disaman isteri seorang lelaki penipu yang menjalin hubungan sulit dengan mereka, lapor laman berita Thaiger, semalam.


Seorang peguam, Ratchapon Sirisakhon mendedahkan bahawa dia didatangi wakil kumpulan wanita di pejabatnya di wilayah Nontha Buri.

Seramai 12 wanita berusia 40 hingga 60 tahun menjadi mangsa penipuan cinta oleh lelaki bernama Pu berusia 60 tahun.


Thaiger

Ratchapon memaklumkan, kesemua wanita berkenaan berasa takut disaman isteri Pu selepas kisah mereka tular di media sosial.


Menurut salah seorang mangsa, Noo Ya, yang berusia 56 tahun, dia mengenali lelaki itu menerusi laman Facebook dan Pu memberitahu bahawa isterinya sudah meninggal dunia lapan tahun lalu.

Pu juga memberitahu semua mangsa bahawa dia merupakan pengarah urusan sebuah syarikat Jepun di Thailand.

Lelaki berkenaan turut mewujudkan lapan akaun Facebook, empat akaun Instagram dan tiga akaun Line untuk mengumpan wanita bagi terlibat dalam hubungan seksual. Ibu tunggal merupakan mangsa yang menjadi sasarannya.

Selepas Pu mendapat apa yang dia mahu, dia akan menghilangkan diri.

Modus operandi lelaki itu terbongkar selepas Noo Ya mendedahkan bagaimana dia telah dilayan dengan teruk oleh lelaki berkenaan dalam satu catatan di Facebook.

Hantaran itu menarik perhatian 11 wanita lain yang turut mengalami nasib sama.

Ratchapon mengesyorkan bahawa setiap wanita perlu memfailkan aduan berasingan di balai polis.

Mengikut undang-undang Thailand, isteri pertama yang sah boleh menyaman perempuan simpanan yang mempunyai hubungan sulit dengan suaminya.

Bagaimanapun, pertuduhan itu boleh ditolak jika perempuan simpanan tersebut dapat membuktikan bahawa dia ditipu untuk terlibat dalam hubungan berkenaan.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.046662 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top