CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Maki Dan Hina Islam Adalah Murtad, Haram Disembahyangkan - UAI

20-7-2022 07:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1954| Komen: 19

Penceramah selebriti Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramah baru-baru ini, menegaskan adalah haram bagi jenazah individu yang menghina agama Islam disembahyangkan.


Katanya, fatwa ahli sunnah wal jamaah menyebut individu tersebut telah diisytiharkan kafir murtad walaupun mengaku dia adalah Islam.


FB UAI

“Elok letak nama dan mukanya di papan tanda masjid-masjid, kalau dia mati kita tidak boleh dan haram sembahyang serta kebumikan jenazah tersebut.

“Orang yang menghina Islam dan nabi-nabi ini sudah murtad, bukan itu sahaja siapa yang menentang dan menyebelahi orang bukan Islam juga adalah munafik,” ujarnya.


Tambah Azhar, orang munafik di akhirat nanti akan berada di neraka paling bawah.

Orang Islam maki dan hina Islam, hina nabi, hina al-Quran jelasnya sememangnya secara jelas murtad dan kafir.

“Sekarang ini ada orang kafir yang menentang dan menghalang ulama-ulama, penceramah-penceramah kita untuk perjuangan Islam, ada orang Islam yang menyokong mereka ini adalah munafik.

“Kaum munafik yang ada dalam golongan ini akan berada dalam neraka paling bawah,” ujarnya lagi. 


Sumber: KOSMO! ONLINE.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote card_reader 20-7-2022 08:15 AM
betul la tu....orang munafik mmg masuk neraka pon melainkan dia bertaubat sebelum mati
Quote mbhcsf 20-7-2022 08:19 AM
ni lah balik pada pengertian hadis Jibril tu - Islam, iman dan ihsan.

apa erti iman dan balik kepada perkara membatalkan iman. tu basic je tu. itulah benda berkaitan agama ni , sebab tu bila SPM A berkantng kantung , org tersenyum bangga , pendidika islam adalah subjek yg boleh dikatakan easy , tapi kan ...boleh nampak  kan , bahaya tak faham bab bab aqidah ni.
Quote elzy 20-7-2022 08:32 AM
Ustaz AI kata kena ingat mereka yang pernah menghina Islam ni sebab mereka dah murtad.. Jangan pula nanti mati ikut cara Islam. Pastikan betul2 bertaubat..
Quote ctaz 20-7-2022 08:44 AM
jgn main2 dgn aqidah...
tergelincir sikit jer....
habis semua....
walaupun hanya sekadar bergurau....dan buat lawak bodo
Quote supernaturalee 20-7-2022 08:50 AM
tp pnh baca kt mn ke tah
klu seseorg tu lahir islam
life die x amalkan islam
still, kariah akn uruskan jenazah spt org islam yg lain
kiranya they don't judge u
dorg just buat keje spt yg diamanahkan
Quote BartholomewKuma 20-7-2022 09:17 AM
Berapa banyak hat kot dalam forom ni dah murtad? Caci maki agama dok mein kot mulot ja hari hari
Quote Nnasda53 20-7-2022 09:21 AM
Betul la UIA bagitahu.
Kena hati2 bab aqidah.
Quote akusukaq 20-7-2022 09:43 AM
Tabiat caci maki agama dan rasul dah jadi mcm mkn kauci kat forum ni. Rasa bangga tak hingga  dah jadi urban liberal. Pasahal ternyata  ilmu dunia dan agama maseh level budak sekolah rendah.
Quote Bedah.Cun 20-7-2022 09:47 AM
Dia cakap tue betul walaupun mak tak sokong dia bab lain yang tak melibatkan agama. Kaw dah tak suka, kaw tunggu apa lagi. Tapi bukan undang2 Malaysia neh kata kaw dah masuk islam tak boleh keluar lagi dalam dokumen ngkaw. So, undang2 snirik yang melindungi deme yang nak murtad tue ker macam mana? Saper loyer syariah sneh, mohon pencerahan?
Quote copy_paste 20-7-2022 09:56 AM
supernaturalee replied at 20-7-2022 08:50 AM
tp pnh baca kt mn ke tah
klu seseorg tu lahir islam
life die x amalkan islam

x amalkan islam tapi tidak pula sokong kafir menentang islam, tidak hina islam,still lagi islam ,
Quote KamikuP 20-7-2022 10:36 AM
Kalau Muslim yg bagi derma kat dua malaun tu mcm mana pulak hukumnya?
Quote twins 20-7-2022 12:06 PM
BartholomewKuma replied at 20-7-2022 09:17 AM
Berapa banyak hat kot dalam forom ni dah murtad? Caci maki agama dok mein kot mulot ja hari hari

hahahahha.... setuju...
Quote twins 20-7-2022 12:08 PM
akusukaq replied at 20-7-2022 09:43 AM
Tabiat caci maki agama dan rasul dah jadi mcm mkn kauci kat forum ni. Rasa bangga tak hingga  dah ja ...

dalam ni dorang berani tinggi melangit sbb Momod pun tak kenal dorang siapa...
semua sembunyi belakang Nick masing-masing...  jenis berani2 tapi "tulur" kecuttt...
kalau sungguh berani buat la mcm mamat yg kena belasah kat puchong tu....
tu baru betul berani mati......
Quote star_karat 20-7-2022 12:13 PM
Edited by star_karat at 20-7-2022 12:15 PM

Ramai jer yang dah termurtad secara tak sengaja atau sengaja kerana jahil atau nak tunjuk terer. Ada yang membesar ayat sembahyang pun tak tahu. Rumah dengan mesjid jalan kaki pun boleh, rupa dalam masjid pun tak tahu mcm mana.
Quote Decaffeinated 20-7-2022 12:41 PM
Tell that pada yang berebut mayat nanti.

Yang mati tu dah jadi jenazah tak boleh dah nak ditanya.
Quote aHoi83 20-7-2022 12:51 PM
Setuju. Jap lg ade la yg masuk pasal video ustaz plak
Quote dua_chzy 20-7-2022 12:52 PM
Sembang la kau.

As if kau nak benarkan gereja ka tokong ka kuil ka handle mayat manusia yang dalam IC tertulis Islam.
Quote ninja boy 20-7-2022 01:00 PM
60k Muslim belum tentu masuk sorga, 60k itu saling tarik menarik masuk neraka
Quote selipar_hijau 20-7-2022 01:05 PM
lahaiii ustat takkan la nak biar mereput mcm tu je. bukan ke klu mati kena segerakan tanam tak boleh nak tunggu2 dah waima waris sedang dalam perjalanan sekalipun katanya seksa mayat.

lagi 1 yg nenek kt korea tu gigih bawa balik tanam sini juga kan cara islam?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.036731 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top