CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan LHDN Akses Akaun Pelanggan

21-7-2022 02:13 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2466| Komen: 21|Original author: Tatod

Gambar Hiasan


Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung hak untuk mengakses dan mengaudit akaun pelanggan yang diuruskan firma guaman.

Menerusi laporan Bernama, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel itu berkata, isi kandungan akaun pelanggan yang berkaitan dengan akaun dan wang milik pelanggan adalah dilindungi oleh keistimewaan pelanggan-pelanggan.

"Justeru peguam tidak dibenar mendedahkan atau memberikan isi kandungan akaun pelanggan kepada LHDN berdasarkan peruntukan Seksyen 126 Akta Keterangan 1950.

"Keistimewaan itu dimiliki pelanggan dan bukan peguam. Ia memerlukan pelanggan untuk mengetepikan keistimewaan itu agar peguam boleh memberikan kandungan akaun pelanggan kepada LHDN," katanya.

Ketua Hakim Negara Tun Maimun Tuan Mat (Sumber Bernama)

Tengku Maimun berkata, LHDN gagal memahami bahawa kandungan akaun pelanggan adalah terdiri daripada wang dan dokumen milik seorang pelanggan dan dibuat atau diberikan semasa mengupah peguam untuk mendapatkan perkhidmatan.

Katanya lagi, tiada alasan kukuh yang diberikan bagi membolehkan LHDN melihat akaun pihak ketiga untuk mengenakan cukai terhadap peguam atau firma guaman.

Dalam keputusan sebulat suara itu, beliau juga berkata mahkamah berpandangan bahawa Seksyen 142(5) Akta Cukai Pendapatan 1967 tidak mengetepikan Seksyen 126 Akta Keterangan yang menyatakan bahawa wang milik seorang pelanggan adalah dilindungi oleh keistimewaan peguam-pelanggan.

Gambar Hiasan

Beliau juga berkata, terdapat pengecualian Seksyen 126 yang memberikan keistimewaan iaitu seorang peguam dibenarkan membuat laporan mengenai perlakukan aktiviti haram membabitkan pelanggan kepada pihak berkuasa.

"Ini menyediakan perlindungan yang mencukupi terhadap orang yang cuba secara tidak sah mengelak daripada dikenakan cukai," katanya.

Beliau turut berkata LHDN hendaklah dihalang daripada memulakan 'satu ekspedisi memancing' untuk meneliti akaun pembayar cukai dengan tujuan mengenakan cukai. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 21-7-2022 02:16 PM
cabang judiciary perlu kuat utk menepis tindak tanduk executive...benda ni pernah berlaku zaman mahathir apabila ramai hakim di pecat...
Quote ToungeSoup 21-7-2022 02:28 PM
saya sokong acik maimun
Quote akies 21-7-2022 02:33 PM
Bagus betul larangan ni.
Kalau tak LHDn selongkar habis acc org dan kenakan cukai sesuka ati.
Padan muka lhdn
Quote Harley_Quinn 21-7-2022 04:03 PM
Yg LHDN nk selongkar pn account marhaen. Menteri2 tu senyap bebas ajee x byr cukai.
Klo nk cari hasil, cr kt menteri2 yg elak cukai tu dlu, jgn cr dlm account marhaen yg x seberapa ni.
Quote Harley_Quinn 21-7-2022 04:03 PM
Yg LHDN nk selongkar pn account marhaen. Menteri2 tu senyap bebas ajee x byr cukai.
Klo nk cari hasil, cr kt menteri2 yg elak cukai tu dlu, jgn cr dlm account marhaen yg x seberapa ni.
Quote namieamuro 21-7-2022 04:12 PM
naseb x lulus. kang cukai ape lg die nk mtk. tu suh menterik, bekas menterik bayar cukai. ni balik2 yg nak dikitai rakyat marhein. PATI2 yg bebas niage tu lagi la.

pastu tah ape kepala otak scammer nak kenekan bakal mangse.
Quote scorpionkiki 21-7-2022 04:14 PM
Alhamdullillah...lhsn kalau buat kerja betul2, banyak dah hasil cukai yg dpt dr politician dan kayangan...ni org marhain jugak yg nak dikacaunya
Quote arm_band 21-7-2022 07:27 PM
sukati je dia nak buat fishing expedition nak audit acc orang
Quote Kitty_catz 21-7-2022 07:44 PM
Edited by Kitty_catz at 21-7-2022 07:46 PM

nacip and co punya cukai biliyun2 tu apa cerita??
lhdn ni jgn kata acc law firm dia nak check, yg anto ank2 pi itl school pun deme nak tahu siapa yach.. but sekolah2 smer tak reveal la.. ada one time ritu heboh gak.. then dpt email from school mgmt kata deme takkan reveal list of parents kat sekolah

nak tuju yg ada kabel besar takde telo lhdn nehh. yihhhh
Quote pyropura 21-7-2022 08:31 PM
Tu lah dia penjawat awam melayu gemuk gundu pembawang pemalas, suka nak buat short cut. Sib baik Ketua hakim melayu, bayangkan kalau keputusan ni zaman Richard Malanjun, basah lenjun lah Dap kena hencap,
Quote Meiizu 21-7-2022 08:44 PM
Kdg memang melampau tindakan lhdn ni...abis korek takde belas demi target nak bonus..
Quote meteorspeed 21-7-2022 08:47 PM
Pegi la cekau jerung.. Jgn asyik intai ikan bilis ajor
Quote namieamuro 21-7-2022 08:56 PM
Kitty_catz replied at 21-7-2022 07:44 PM
nacip and co punya cukai biliyun2 tu apa cerita??
lhdn ni jgn kata acc law firm dia nak check, yg ...

mmg dasar LEMBAGA ye nk hunting marhein yg bole dikerah diperah. so what kalau marhein tu anto skolah mahal pn. itu pn nk korek kah

tu si nacip tu dh bayor ke belom? pong pang pong pang tapi nanhado bayar cukai
Quote I.K.A888990 22-7-2022 03:01 AM
sejenis yg melampau
Quote cadarblogsot 22-7-2022 08:26 AM
scorpionkiki replied at 21-7-2022 04:14 PM
Alhamdullillah...lhsn kalau buat kerja betul2, banyak dah hasil cukai yg dpt dr politician dan kayan ...

Betul, marhain ni tanpa belas kasihan mintak/korek selagi ada. Itu yg personal tax, yg company ikan bilis lagi lah... surat rayuan dibakul sampah kan saja.. bukan peduli time pandemic or not....
Quote mayaHD 22-7-2022 11:09 AM
mmber baru kena acc kena block x byr tax, bila suruh cek balik ansuran puluh K bulan2 tu apadia? baru cek baru ckp ada, sorry pon tak apa pon tak, baru bukak balik, celaka tak
Quote Kitty_catz 23-7-2022 10:38 AM
namieamuro replied at 21-7-2022 08:56 PM
mmg dasar LEMBAGA ye nk hunting marhein yg bole dikerah diperah. so what kalau marhein tu anto sko ...

ntahnyerrr

nacip tu still ke sana ke sini.. siap jadi retissss lagi nyahhh

koserrrrrrr sangat ...yihhhhhhhhhhhhhh
Quote ekselen 23-7-2022 01:16 PM
akies replied at 21-7-2022 02:33 PM
Bagus betul larangan ni.
Kalau tak LHDn selongkar habis acc org dan kenakan cukai sesuka ati.
Padan  ...

Betul chuols....
Quote ekselen 23-7-2022 01:18 PM
Edited by ekselen at 23-7-2022 01:26 PM
Harley_Quinn replied at 21-7-2022 04:03 PM
Yg LHDN nk selongkar pn account marhaen. Menteri2 tu senyap bebas ajee x byr cukai.
Klo nk cari hasi ...


mmg pun...akaun2 rakyat marhaen abih diaudit dan diselongkarnya...tp kalo yg jerung2 tua tu langsung takut nk sentuh...kalo kita gaji yg brp sgt ni abih disiasatnya satu2...

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.043723 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top