CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penceramah Popular Disyaki Merogol Remaja 14 Tahun

19-7-2022 05:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 49300| Komen: 373

KUALA SELANGOR: Seorang penceramah bebas popular ditahan polis semalam selepas dipercayai terbabit dalam kes merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.


Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi Subramaniam, berkata suspek berusia 30-an itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada jam 4.50 petang.

Beliau berkata, penceramah bebas itu direman lima hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.


Gambar Hiasan

"Kebenaran reman itu diperoleh dari Mahkamah Majistret Sungai Besar bagi membolehkan siasatan lanjut ke atas suspek dijalankan.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jika sabit kesalahan bagi dua seksyen itu, masing-masing membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Jika sabit kesalahan bagi dua seksyen itu, masing-masing membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Sasikala berkata, polis sebelum itu menerima laporan berhubung kejadian berkenaan daripada remaja perempuan terbabit pada jam 11.15 malam, 16 Julai lalu.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mangsa berkenalan dengan suspek yang juga warga tempatan sejak Mei tahun lalu.

"Bermula daripada perkenalan itu, pengadu dan suspek beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi berbeza.

"Setakat ini, empat kertas siasatan dibuka iaitu dua di Selangor, satu di Kuala Lumpur dan satu di Perak membabitkan pengadu sama," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cokoro 19-7-2022 02:48 PM
takleh tgk pic uols tepek
Quote kembangbunga 19-7-2022 02:52 PM
aduhh iols tercepat masuk  pulak.
Quote makadek 19-7-2022 02:55 PM
Tak kn yebit dia kan soci lg pn dia taste kt rangtua je
Quote minahmanja 19-7-2022 02:55 PM
tkde apa info pun tt..
Quote EJALTI 19-7-2022 02:57 PM
TT, info atau pic please.  TQ
Quote kakasotong2 19-7-2022 02:58 PM
Dalam kepala meols terfikir sorang tu jela suspeknya
Quote dudaberhias 19-7-2022 02:58 PM
omg sapa diaa? ... hanat punya perangai!
elok heshe ni di hantar ke rumah bainon tu biar gundu tu siram kau dengan air coway panas...
Quote dudaberhias 19-7-2022 03:00 PM
kakasotong2 replied at 19-7-2022 02:58 PM
Dalam kepala meols terfikir sorang tu jela suspeknya

sama la... iols agak kalau bukan san wukong... mesti penceramah yang buat demo tayang lesung batu dan tumbuk sambal tu...
Quote ohsoyaya 19-7-2022 03:01 PM
Umur 30 an. Siapa ye?
Quote kuzaime 19-7-2022 03:04 PM
Awal sgt masuk..sapalah yg celaka sangat perangai ni
Quote lil_honey 19-7-2022 03:04 PM
si keturunan arab tu kahhh
Quote Mamason 19-7-2022 03:05 PM
Penceramah Popular?? Ramai beno skrg ni penceramah popular.. Ustaz2 jadian pun berlambak... Xpelah malas nak teka...tunggu je lah..
Quote OyaTonggek 19-7-2022 03:05 PM
nape penampakkan ostad lesung ni
Quote shiraloveyou 19-7-2022 03:06 PM
Manusia macam ni la yg buat orang meluat dengan 'orang alim'..bawak imej islamik pakai kepiah tudung labuh berpurdah bagai tapi perangai kalah setan...
Quote mizruncing 19-7-2022 03:06 PM
sahih kahh
Quote misspokoyo 19-7-2022 03:07 PM
Mamason replied at 19-7-2022 03:05 PM
Penceramah Popular?? Ramai beno skrg ni penceramah popular.. Ustaz2 jadian pun berlambak... Xpelah m ...

Tt kn yg tulis penceramah popular bkn berita. Berita cuma kata pendakwah bebas.. penat2 speku, tah2 penceramah picisan je
Quote epullipan 19-7-2022 03:08 PM
alamak..takdak hint ka sket2
Quote mendeluk 19-7-2022 03:09 PM
Kadang aku tak suka betul baca topik2 macam ini. It’s like boleh trigger baca alah ini.
Quote eira2310 19-7-2022 03:09 PM
"Bermula dari perkenalan tersebut, pengadu dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi yang berbeza"

so atas kerelaan sendiri kah????

Lihat semua komen(373)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.091539 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top