CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anakanda Kembar Yang Dipertuan Agong Dan Raja Permaisuri Agong Tamat Pengajian Ijazah Di University Of London

19-7-2022 05:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13641| Komen: 104

Khabar gembira dikongsikan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong apabila anakanda kembar baginda berdua telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.


Menerusi satu hantaran di lnstagram Istana Negara, dapat dilihat foto baginda berdua bersama anakanda-anakanda usai majlis menerima ijazah.

Sebelum itu, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menghadiri majlis graduasi Yang Amat Mulia anakanda-anakanda Baginda berdua yang diadakan di Kampus Royal Holloway, University of London di Egham, Surrey, United Kingdom pada 18 Julai 2022.

Foto: IG


Majlis yang berlangsung pada jam 11.00 pagi waktu tempatan, YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah dianugerahkan ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kriminologi and Sosiologi.

Manakala, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pula telah dianugerahkan ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan dan Perakaunan.



Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan barisan pemimpin tertinggi universiti tersebut selain menghadiri majlis graduasi.

Turut berangkat sama ke majlis konvokesyen tersebut adalah anakanda-anakanda Seri Paduka Baginda, Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Dibuka rasmi oleh Baginda Ratu Victoria pada 30 Jun 1886, Royal Holloway, Universiti of London, kini tersenarai dalam 25 universiti terbaik di United Kingdom. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 19-7-2022 05:25 PM
Edited by dua_chzy at 19-7-2022 09:26 AM

Jauh2 blaja takat tu je kursus ko ambik.

Emh.

Tahniah la.

So nanti ko nak keja makan gaji ke cemana? Kerja ikut kelulusan ke ikut nama family? Done negatif.
Quote hyie 19-7-2022 05:25 PM
kenapa tak pernah tau ya diorang ada anak kembar? macam tak diuar2kan macam anak2 nya yang lain. Pastu iols pon konfius sebenarnya anak diorang ada berapa
Quote makadek 19-7-2022 05:27 PM
Ok berita di terimaaa bole jd juruaudit sorang tu
Quote naina 19-7-2022 05:27 PM
dua_chzy replied at 19-7-2022 05:25 PM
Jauh2 blaja takat tu je kursus ko ambik.

Emh.

Lagi negatif. Ko nak keje ke tak? Ke nak makan elaun je. Takpun hutan banyak lagi.
Quote kakikuDibibirmu 19-7-2022 05:27 PM
Take no loji balak Tuanku tersenyum sinis

Screenshot_20220719-172513_Brave.jpg
Quote dua_chzy 19-7-2022 05:29 PM
Ko nak kerja dengan sapa nanti? PDRM? Bank Negara? Company tok nenek sedara mara? Etc? Motif akak banyak soal?
Quote dua_chzy 19-7-2022 05:31 PM
naina replied at 19-7-2022 09:27 AM
Lagi negatif. Ko nak keje ke tak? Ke nak makan elaun je. Takpun hutan banyak lagi.

Harharhar!

Dah alang2 ambik kriminologi, bukak siasatan la pasal hutan tu, vley?
Quote sharlenetexas 19-7-2022 05:31 PM
kakikuDibibirmu replied at 19-7-2022 05:27 PM
Take no loji balak Tuanku tersenyum sinis {:mlh ...

Kerja sbg pengkaji jenayah alam sekitar?


Quote takayama 19-7-2022 05:36 PM
owhhhh semlm majlisnya, anak buah pun convo tertunda sbb corona 6hb hr tu
Tahniah buat anaknda berdua, yg puteri bolehlah sambung lg beljr utk jd auditor dan putera plk leh kerja dgn pdrm jd profiler
hah br lah berjiwa rakyat
Quote JunkMail 19-7-2022 05:50 PM
Tahniah la dek... Boleh dah la hantar resume mana2 kompom dapat keje ni.. kabel besar. Ke nak ikut contoh abang kakak je?
Quote prince_marhaen 19-7-2022 05:54 PM
hyie replied at 19-7-2022 05:25 PM
kenapa tak pernah tau ya diorang ada anak kembar? macam tak diuar2kan macam anak2 nya yang lain. Pas ...

Anak-anak Sultan Abdullah ada 10 semuanya;

Bersama Tunku Permaisuri Azizah ;
- Tengku Ahmad Iskandar Shah 1990 (meninggal semasa lahir)
- Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah 1995
- Tengku Muhammad Iskandar Riayatuddin Shah 1997
- Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah 2000 (kembar dengan Tengku Afzan)
- Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatu’llah (kembar Tengku Ahmad)
- Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah 2002

Bersama Cik Puan Julia Rais ;

- Tengku Puteri Iman Afzan 1992 (berkahwin dengan Tengku Abu Bakar Ahmad - sepupu beliau)
- Tengku Puteri Ilisha Ameera 1993
- Tengku Puteri Ilyana 1997

Anak Angkat;
- Tengku Amir Nasser Ibrahim Bin Almarhum Tengku Arif Bendahara Ibrahim 1986 (anak saudara beliau - anak Almarhum Tengku Arif Bendahara Ibrahim and his third wife, Czarina binti Abdullah





...sekian info kepohchi meols... hihi
Quote guesswho09 19-7-2022 05:54 PM
Dolce & Gabbana dress ke tu anak dia pakai?
Quote guesswho09 19-7-2022 05:56 PM
Senyap2 je dah habis belajor
tahniah lerrr
Quote hyie 19-7-2022 06:02 PM
prince_marhaen replied at 19-7-2022 05:54 PM
Anak-anak Sultan Abdullah ada 10 semuanya;

Bersama Tunku Permaisuri Azizah ;

yang dalam gambar kat atas tu, baju pink tu sapa ye? meols kenal afzan, jihan, dengan hasanal je kalau anak dengan dengkike. Kalau anak2 dengan julia, muka semua sepesen.
Quote dani-rox 19-7-2022 06:18 PM
tahniah dekk


Quote mbhcsf 19-7-2022 06:22 PM
Tahniah. Selamat maju jaya , semoga memanfaatkan ilmu yg dipelajari.
Quote kechikchomel 19-7-2022 06:32 PM
hyie replied at 19-7-2022 06:02 PM
yang dalam gambar kat atas tu, baju pink tu sapa ye? meols kenal afzan, jihan, dengan hasanal je k ...

Anak JR yg no.2 kan? Yg ni nmpk mcm rajin ikut mak tua dia. Tak silap masa awal² pak n mak tua dia naik jadi jagong ada dia ikut lawatan g Indonesia tu
Quote Mamiyan 19-7-2022 06:42 PM
hyie replied at 19-7-2022 06:02 PM
yang dalam gambar kat atas tu, baju pink tu sapa ye? meols kenal afzan, jihan, dengan hasanal je k ...

Ilisha, anak jr yg no 2. Yg ni mmg private betul tak sama mcm 2 sisters from the same mom dia tu
Quote Mamiyan 19-7-2022 06:58 PM
kechikchomel replied at 19-7-2022 06:32 PM
Anak JR yg no.2 kan? Yg ni nmpk mcm rajin ikut mak tua dia. Tak silap masa awal² pak n mak tua di ...

I like her, yg no 2 ni tampak wild tpi real gitueww tak mcm faith. Yg no 2 ni mmg mcm pling rapat dgn maktua dia.

Tpi yg no 2 ni jg yg pling sering takde join family event, mcm masa majlis mengangkat sumpah jadi pegawai kadet adik lelaki dia yg dlm gambar ni, dia je sorang yg tak join ke istana hahahaha. Masa broinlaw buat bday party dia pun tak nampak

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.055102 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top