CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Punca Jaket Dan Tali Beg Tersangkut Pada Rantai, Tangan Kiri Hancur Tersangkut Rim Motor

19-7-2022 05:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1815| Komen: 6

Gemas: Malang menimpa seorang anggota tentera apabila tangan kirinya hancur selepas dipercayai tersangkut pada rim motosikal yang diboncengnya dalam kemalangan di hadapan Hospital Tentera Darat Gemas, Kem Syed Sirajuddin, di sini, pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa yang bertugas di Skuadron Keempat Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) kem berkenaan dikatakan dalam perjalanan bagi menghadiri latihan jasmani sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada jaket dan tali beg yang tersangkut pada rantai ketika motosikal yang di bonceng bersama seorang rakan sedang bergerak.

Foto: Harian Metro


"Berlaku kemalangan jalan raya yang membabitkan dua anggota tentera di jalan dalam Kem Syed Sirajuddin Gemas. Hasil siasatan awal mendapati penunggang dan pembonceng adalah anggota tentera masing-masing berumur 37 tahun.

"Kejadian berlaku apabila mereka dalam perjalanan dari Felda Pasir Besar ke Pasukan 4 SKN RAJD di dalam kem berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, apabila sampai di hadapan hospital, tiba-tiba baju panas milik pembonceng berpangkat sarjan tersangkut di spoket motor jenis Yamaha Y15 yang dinaiki mereka.

"Ini menyebabkan baju itu terbelit dan menyebabkan pembonceng terjatuh ke sisi kiri motosikal lalu mengakibatkan tangan kirinya termasuk ke dalam rim.

"Akibat kemalangan itu, anggota tentera iaitu pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah di tangan kiri, hancur dan hampir terputus serta patah kaki kiri.

"Manakala penunggang motosikal tidak mengalami kecederaan dan kemalangan tidak membabitkan kenderaan lain. Pembonceng dihantar ke Hospital Tentera Darat Tuanku Mizan, Kuala Lumpur," katanya.

Anuwal berkata, siasatan lanjut masih mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissyMolly 19-7-2022 05:26 PM
Tak zip ke melibas2 gitu? Adoiii laaa kejadian 1 dlm sejuta
Quote hareeeesah 19-7-2022 07:15 PM
Jauhnya masuk hospital kat kl dari gemas.
Quote Carcosa 19-7-2022 11:02 PM
Kesiannya tgk muka dia menjerit gitu   
Mmg bahaya kalau ada lose object masa naik motor Semoga abang tabah
Quote renko 19-7-2022 11:04 PM
hareeeesah replied at 19-7-2022 07:15 PM
Jauhnya masuk hospital kat kl dari gemas.

Nama pun HAT..pastu sana banyak pakar
Quote hareeeesah 19-7-2022 11:42 PM
renko replied at 19-7-2022 11:04 PM
Nama pun HAT..pastu sana banyak pakar

Byk je kes takde pun direct hantar situ. Biasa akan bawa ke nearest hospital baru akan pindah ke tempat yg ada pakar diperlukan. Hat ni pun byk tolak kes zaman covid ni. Lama menunggu not like before dah servicenya
Quote Supersirap 19-7-2022 11:55 PM
Dengar kemalangan ni sudah boleh merasai kesakitan yang ditanggung, semoga dipermudahkan segala urusan

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.043507 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top