CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nora Danish Jadikan Janna Nick Sebagai Idola

19-7-2022 04:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1863| Komen: 4

Nora Danish memasang impian untuk membuka sebuah syarikat produksi miliknya satu hari nanti.

Nora berkata, melihat kejayaan aktres Janna Nick yang kini bergiat aktif sebagai penerbit dan pengarah membuatkan dia terinspirasi dan mahu mencuba nasib.


Foto: IG

"Kalau nak beralih ke fasa seterusnya, saya akan teruskan juga dalam bidang seni ini kerana kerjaya ini adalah minat saya.

"Saya ada bercita-cita untuk membuka sebuah syarikat produksi. Saya mahu beri fokus kepada bidang penerbitan dan pengarahan.



"Saya sangat kagum dengan Janna Nick. Saya baru sahaja selesai penggambaran dengannya untuk sebuah karya seram. Saya kagum melihat cara dia mengarah.

"Saya terkejut sebab caranya macam dah berpengalaman. Dia ada karisma dan hala tuju yang tersendiri. Saya sangat terpegun. Dia memberi inspirasi kepada saya walaupun usianya masih muda. Saya jatuh hati dengan cara kerja dia," katanya.



Menurut Nora, walaupun sudah hampir 18 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, dia mengaku belum menemui watak yang mampu memberikan kepuasan dan belum bercadang untuk bersara dalam masa yang terdekat.

"Sebenarnya, sejak daripada awal pembabitan dalam dunia seni ini, saya memang tak terfikir untuk berlakon selamanya. Saya ada sasaran saya sendiri.



"Walaupun sudah meniti usia 40 tahun, sebenarnya ada banyak lagi perkara yang belum saya kecapi. Ada lagi cita-cita yang saya idamkan. Saya memang sangat sukakan watak 'hopeless romantic'.


"Kalau orang tanya, watak apa yang saya belum dapat, jawapan saya tetap love story. Saya belum dapat watak yang betul-betul kena dengan jiwa saya. Jadi, untuk bersara itu, mungkin belum lagi," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 19-7-2022 11:23 PM
Kaya kan.. Rasa, x der masalah nk bukak production house sendiri
Quote sharlenetexas 20-7-2022 12:51 AM
Salon rambut masih ada ke?


Quote dudaberhias 20-7-2022 01:08 AM
buka je satu produksi filem/drama sendiri... kalau takde duit mertua kan ada...

kalau boleh start dari cerita simple macam dokumentari pembunuh... kebetulan orang sebelah ada pengalaman...
Quote lyshafull 20-7-2022 01:11 AM
Pening semua nk bolot dulu kata nk jadik usahawan lepastu tetiba nk ade production sendiri better la perbAiki mutu lakonan dulu jgn la bawak watak budak muda dh x sesuai sgt

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.032296 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top