CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Degil Sangat, MPK Akan Siar Gambar & Video Anda Jika Buang Sampah Secara Haram

19-7-2022 02:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1143| Komen: 5

Sebagai pengajaran, Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menyiarkan gambar dan video pihak tidak bertanggungjawab yang membuang sampah secara haram di sekitar daerah ini.


Pengarah Komunikasi Korporatnya, Norfiza Mahfiz berkata, perilaku tidak bertanggungjawab itu akan disiarkan di media sosial sebagai peringatan dan pengajaran kepada orang ramai supaya tidak membuang sampah sesuka hati.



"Kita akan sedaya upaya menimbulkan kesedaran kepada masyarakat dan kali ini agak agresif yang mana MPK akan menggunakan media sosial untuk menyiarkan perilaku individu pengotor dan tiada kesedaran sivik," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Justeru, tegas beliau, orang ramai boleh membantu MPK dengan menghantar video atau gambar dalam talian yang disediakan untuk disiarkan kepada umum.

Norfiza berkata, sikap masyarakat tidak berdisiplin dan mengabaikan aspek kebersihan menjadi antara punca masalah pengurusan sampah masih menjadi isu kritikal di Bandar Di Raja ini.

Menurutnya, tabiat sambil lewa dan tidak bertanggungjawab penduduk boleh menimbulkan isu lebih besar termasuk masalah kesihatan dan tidak mustahil Klang dikenali sebagai 'daerah sampah' pada masa akan datang.

Norfiza memberitahu, MPK melalui Jabatan Perkhidmatan Persekitaran (JPP) juga akan memperhebatkan operasi kutu sampah dan penguatkuasaan sampah haram melalui pemantauan berterusan di lokasi yang telah dikenal pasti.

"Sokongan dan kerjasama masyarakat amat diharapkan dalam memastikan isu yang menjejaskan Klang ini dapat ditangani sebaik mungkin terutama dalam membangkitkan kesedaran betapa pentingnya menjaga kebersihan di persekitaran masing-masing," kata beliau.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mclaren 19-7-2022 02:49 PM
Satu negara buat macam ni pun bagus. Jadi macam Beijing merata ceruk ada CCTV.

Iklan kat TV selit sekali segmen rakyat2 yang bodoh tolol bangang buang sampah merata.
Buka tingkap kereta buang sampah atas jalan, tak boleh ke bawa balik ke rumah buang kat tong sampah? Or beli tong sampah comel letak dslam kereta ke?

Ai sokong malukan orang2 takde otak macam ni.
Quote mejaputih 19-7-2022 02:51 PM
sokong sgt....geram je kan tegur sentap pulak...
Quote Thunderclouds 19-7-2022 04:11 PM
A little too late. Menda dh jd darah daging. Bangsa keras hempedal. Name & shame pn xheran dh. But,good luck to u!
Quote Mary_jane 19-7-2022 08:20 PM
Sekali keluar muka Pati je.
Quote FOTHER-MUCKER 19-7-2022 08:37 PM
Ini

[youtube]btOe4Z48X3w[/youtube]

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.041124 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top