CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Kantoi Tipu Diculik Sebab Dah Pokai

19-7-2022 02:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1188| Komen: 4

Padah menipu kononnya diculik, wanita Amerika Syarikat ditahan polis India.

BBC melaporkan, wanita berusia 27 tahun itu yang tiba di India pada 3 Mei lalu,  memalsukan penculikan diri sendiri dengan ‘memeras ugut’ ibu bapanya supaya menghantar wang selepas dia kehabisan tunai, kata polis.



Gambar hiasan

Dia menelefon ibunya pada 7 Julai dan mendakwa dia diserang seorang lelaki, lapor NDTV.

Polis di New Delhi mula menyiasat keberadaannya selepas Kedutaan Amerika Syarikat menghantar aduan daripada keluarganya kepada mereka.


Mereka mengesan alamat IP dari mana wanita itu telah menghantar emel kepada perkhidmatan warganegara Amerika Syarikat dan membuat panggilan video kepada ibunya, lapor akhbar Indian Express.

Berdasarkan pengesanan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 31 tahun dari Nigeria.

Lelaki itu mendedahkan wanita terbabit tinggal di sebuah apartmen di Noida, di pinggir New Delhi.

“Selepas menyelamatkannya, terbongkar bahawa wanita berkenaan telah merancang kejadian itu untuk memeras ugut ibu bapanya,” kata Timbalan Pesuruhjaya polis New Delhi, Amrutha Guguloth, kepada Indian Express.

Polis berkata, wanita yang berasal dari Washington DC itu bertemu lelaki Nigeria melalui Facebook dan tinggal bersama sejak tiba di India.

Mereka juga mendapati visa wanita dan pasport lelaki itu telah tamat tempoh.

Polis berkata, mereka akan mengambil tindakan terhadap kedua-duanya kerana tinggal di India tanpa dokumen yang sah. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 19-7-2022 03:57 PM
ni mcm kes dlm mini series Landscapers lakonan olivia colman
duk luar negara sbb bunuh parent yg berpunca dr hutang
pastu duk harap duit pencen bapak
sekali kantoi, haa habis terbongkar

Quote dua_chzy 19-7-2022 04:00 PM
Edited by dua_chzy at 19-7-2022 08:01 AM

Ummah lain level.

Peringkat Malaysia - SSKJP, pantai timur, etc belah2 sana

Peringkat nusantara - ummah Ndon

Peringkat Asia - Ummah China, India

Peringkat Dunia - Ummah Amerika
Quote Decaffeinated 19-7-2022 04:29 PM
Kejadian di India. Pesalah warga Amerika + Nigeria. Berita cedok dari BBC.

Kelas ka tak ni?

Quote Decaffeinated 19-7-2022 04:30 PM
dua_chzy replied at 19-7-2022 04:00 PM
Ummah lain level.

Peringkat Malaysia - SSKJP, pantai timur, etc belah2 sana

Tambah satu lagi Nigeria.

Semua juara negara 300+ juta ummah. Except sskjp la


Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.154183 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top