CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Curi Makanan Di Tesco Tak Akan Ditangkap

19-7-2022 01:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2109| Komen: 18

Tesco melancarkan skim perintis kepada pencuri semasa peningkatan inflasi di seluruh dunia.

Menurut laporan Utusan Malaysia, usaha itu mendapat sokongan pihak polis. 


Skim dilancarkan Tesco di West Dirby, Liverpool yang kehilangan 50,000 pound (RM264,700) sebulan membantu ‘pencuri menjalani kehidupan semasa krisis kos sara hidup yang membelenggu mereka’.


Gambar hiasan

Dengan skim itu, individu yang ditangkap akibat mencuri barangan keperluan asas seperti makanan tidak akan ditahan polis.

Sebaliknya, mereka akan dihantar ke bank makanan tempatan dan perkhidmatan nasihat hutang oleh staf keselamatan Tesco.

Difahamkan, pengawal keselamatan dan kakitangan akan dilatih bagi mengesan sebarang tanda-tanda kecurian terdesak dan bertindak balas sewajarnya.

Ahli Parlimen Parti Buruh, Ian Byrne yang merupakan individu di sebalik idea tersebut berkata, skim tersebut bukan bermaksud menggalakkan individu ‘carte blanche’ dengan mencuri barang di semua kedai di seluruh negara.

“Kes kecurian seperti ini adalah perbuatan terdesak. Ramai ibu dan bapa yang tidak pernah terfikir mereka terpaksa mencuri di kedai.

“Apa yang saya mahu adalah menghentikan jenayah dalam kelas masyarakat,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 19-7-2022 11:43 AM
Memang islam pun tidak menghukum pencuri yang lapar. Betul lah kata syed qutb ke sape tah islam ada di negara kapir.
Quote seri_mawr 19-7-2022 02:21 PM
klu kita mau kena penjara 5-6 bulan curi makanan kat tesco..huhuhu...

Quote pukulrata 19-7-2022 04:32 PM
Tesco da jd lotus hmmmm
Quote kakikuDibibirmu 19-7-2022 04:34 PM
Edited by kakikuDibibirmu at 19-7-2022 04:35 PM

Pencuri makanan tidak akan diberkas jika tertangkap di Tesco kecuali di Lotus'sssssss
Quote Itzy 19-7-2022 06:21 PM
Decaffeinated: Memang islam pun tidak menghuk ...

Sebenarnya islam hanya wujud di negara kafir selepas pemerintah ottoman menakluk bumi sepanyol. Dulu2 orang kulit putih ni pengotor dan bodoh. Mereka hanya pandai cedok ilmu dari cendekiawan2 islam dan sebarkannya lepastu claim kata tu ilmu dari orang2 kafir. Padahal dulu negara2 barat mengalami zaman kegelapan hinggalah mereka  perang salib dengan negara islam. Kemudian orang islam baik hati kongsi ilmu pengetahuan dan budaya dengan mereka. Hasil dari ilmu pengetahuan tu digunakan kembali untuk menentang islam dan menjajah negara2 islam. Mereka benci dan cemburu melihat islam berjaya dan kaya. Islam wujud di negara barat terutama amerika selepas Muhammad Ali bangkit menjadi idol kulit hitam yang dipuja ramai. Mereka sangat takut dan merancang penjarakan Muhammad Ali. Tapi Allah lindung Muhammad Ali. Aku tengok semua kata2 Muhammad Ali terhadap kulit putih diubah perlahan2. Muhammad Ali ni bijak sejak kecil dia hairan dan tanya mak dia kenapa semua benda baik mesti berwarna putih sampai tuhan pun digambarkan sebagai kulit putih tapi yang buruk semua warna hitam. Muhammad Ali komen macam2 dan sindir orang2 kulit putih ni depan2 lepas mereka ramai2 hina Islam dan orang kulit hitam. Mereka tindas bunuh kulit hitam tapi ada hati paksa orang kulit hitam berperang di vietnam bunuh orang x berdosa. Akibat dari semua kata2 muhammad ali, amerika pun mula ubah sistem dia, dulu gereja dia dibahagi berdasarkan warna kulit sampai tandas pun ikut warna kulit tapi lepas kebangkitan persatuan islam yang dimonopoli orang kulit hitam yang diasaskan oleh elijah muhammad dan malcom x, mereka mula rasa terancam. So nak bagi kulit hitam x pindah daripada agama kristian ke islam, mereka mula ubah segala sistem walaunpun susah mereka nak terima kulit hitam dalam masyarakat kulit putih. Islam lah yang ubah negara2 kulit putih ni jadi lebih baik. Dulu mereka bodoh kotor dan pemalas, sekarang mereka berjaya dan maju walaupun pada hakikatnya kemajuan mereka tu kerana cedok dan curi ilmu pengetahuan dari cendekiawan2 islam. Mereka juga mencuri menjarah segala hasil bumi negara2 yang mereka jajah, bila pemerintah islam jajah negara2 kafir mereka tak jarah hasil bumi negara kafir tu tak paksa mereka masuk islam bahkan mereka memajukan negara2 kafir tu jadi hebat dan maju contohnya sepanyol dan india. Suatu masa dulu india pernah jadi negara terkaya di dunia hasil pemerintahan islam di india. Orang india tak permah dipaksa masuk islam malah ramai hindu di india sampai hari ni. Tapi bila sepanyol jajah filipina, ramai orang filipino tertekan sebab kekurangan duit dan makanan. So nak dapatkan bantuan makanan dari gereja maka mereka pun tukar agama kerana desakan hidup dan diancam bunuh. Dulu2 pemerintah sepanyol kejam dan bakar rumah dan ladang penduduk untuk paksa mereka masuk kristian.
Quote eLiaD 19-7-2022 06:33 PM
Tesco in halal mode..



RiP
Quote sharlenetexas 19-7-2022 06:35 PM
Tapi janganlah sampai jadi pelahap mentekedarah benda free. Cheapstake sangat. Euwww.


Quote eyansss 19-7-2022 07:19 PM
seri_mawr: klu kita mau kena penjara 5-6 bulan curi makanan kat tesco..huhuhu...


kena penjara 4 tahun pun ada…
Quote FOTHER-MUCKER 19-7-2022 07:27 PM
Tak perlu susah susah nak bezakan siap yang lebih Islam dan siapa yang lebih kafir!

Tengok sahaja kes hina agama dan cara kejujuran pemimpin
2 negara tu dan bezakan
Quote dua_chzy 19-7-2022 07:32 PM
Nak tengok komen umat Islam delusional hasil brain wash sedari kecil? Baca komen Itzy post #6.
Quote kakikuDibibirmu 19-7-2022 07:56 PM
Itzy replied at 19-7-2022 06:21 PM
Sebenarnya islam hanya wujud di negara kafir selepas pemerintah ottoman menakluk bumi sepanyol. Dul ...

Ummah Hindu di India  tidak dibunuh oleh kerajaan Mughal karena para-para arelame ularmak Mughal  berfatwa kitab Veda adalah bangsa ahlil-kitab yang tidak boleh diperangi oleh orang Islam, sama taraf dengan Magi/Majusi/Zoroastrianism  yang hanya perlu bayar cukai jizyah kepada pemerintah Islam

Andalusia Sepanyol viva espana jaya selayaknya dirampas semula karena ummah Islam sudah mula menakluk kawasan jajahan ummah Kristian

Apabila tentera Ottoman ceroboh dan rampas gereja Hagia Sophia di Islambul/Isketambola lalu dipaksa tukar menjadi mesejid Hagia Sophia, cendekiawan Eropah lari berkumpul di Italy retaliate cipta Renaissance dan rancang Revolusi Perancis, kemudian Revolusi Perindustrian sehinggalah tamadun Barat maju ke hadapan meninggalkan tamadun Islam yang kuno lagi jumud di belakang
Quote cheezel 19-7-2022 08:01 PM
B40 pemalas mesti sukeeee
Quote Babai 19-7-2022 08:04 PM
Berebutlah B40 pergi sana.
Quote fortiori13 19-7-2022 11:08 PM
Babai: Berebutlah B40 pergi sana.
Babai: Berebutlah B40 pergi sana.


Entah2 T20 & M40 pun tak melepaskan peluang... [em:16:]
Quote dani-rox 19-7-2022 11:39 PM
semoga Tesco West Dirby, Liverpool dimurahkan rezeki.
Quote supernaturalee 20-7-2022 12:10 AM
pukulrata replied at 19-7-2022 04:32 PM
Tesco da jd lotus hmmmm

Duk kuis2 igtkn semut ats skrin fon
Rupanya....

Quote supernaturalee 20-7-2022 12:12 AM
Kaunseling kn jgk without judging

But this is a good cause
In short term
But in long term??..
Quote faraway1 20-7-2022 02:11 AM
Semua dalam Tesco tu di insurancekan.. So kenapa nak kisah kalau dicuri...

Cam Walmart, kalau under 30 dollars tutup mata aje..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.038291 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top