Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 65 tahun terhadap lelaki yang membunuh dua rakan sekerjanya. Ketika dibicarakan, Jose Benitez-Tilley dikatakan turut membuat percubaan bersetubuh dengan salah seorang mayat mangsanya.
Lelaki berusia 20 tahun dari Indiana, Amerika Syarikat (AS) itu mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan membunuh, lapor Daily Star. Namun, sebagai sebahagian daripada perjanjian pengakuan, pertuduhan penderaan olehnya telah digugurkan. Benitez-Tilley bersetuju untuk menjalani dua hukuman 65 tahun serentak atas pembunuhan Haley Smith, 22, dan Dustin Carr, 37.
Law & Crime melaporkan bahawa Jabatan Polis Elkhart menjawab panggilan 911 ke restoran makanan segera di Jalan 1500 di Jalan Cassopolis, kira-kira jam 10.11 pagi pada 13 Februari 2022. Dalam soal jawab dengan penyiasat, Benitez-Tilley didakwa mengaku atas pembunuhan berganda bekas rakan sekerjanya dan mendedahkan butiran tambahan yang mengganggu tentang tindakannya. “Dia menyatakan bahawa Haley telah meninggal dunia dan dia melucutkan sebahagian pakaiannya dan cuba melakukan hubungan seksual dengannya," tulis penyiasat dalam afidavit itu. Benitez-Tilley juga mengaku telah mencuri wang dan permata milik mangsa serta wang tunai dari pejabat restoran tersebut. Sumber: mStar
|
tompie replied at 19-7-2022 03:57 PM
Abis mcm tu aje kehidupan dia dalam dunia ni..
Hidup 20 taun.. pastu masuk penjara 65 tahun..
mungk ...
BawangCaramel replied at 19-7-2022 11:40 PM
ADVERTISEMENT