CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Individu Fitnah Puteri Sarah Dah Buat Permohonan Maaf Terbuka

19-7-2022 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5225| Komen: 37

Sususlan pelakon Puteri Sarah Liyana memfailkan notis saman fitnah terhadap seorang pengguna media sosial, individu tersebut tampil membuat permohonan maaf secara terbuka pada malam Isnin.


Individu tersebut dalam kenyataan terbukanya memohon maaf kepada Sarah disebabkan perkongsian di Instagram pada 17 Julai lalu yang memberi komen tentang rumah tangga selebriti itu dengan pengarah Syamsul Yusof.


Foto: IG

"Di sini saya dengan ikhlas hati ingin memohon maaf secara terbuka kepada Puteri Sarah disebabkan perkongsian Instagram saya pada 17 Julai 2022 yang memberi pendapat mengenai isu rumah tangga beliau.

"Saya telah menerima LOD (Letter of Demand) yang meminta saya untuk meminta maaf secara terbuka dan tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Puteri Sarah atau pun keluarganya," katanya.




Dalam permohonan maaf itu juga, individu tersebut turut mendoakan agar pelakon itu diberikan ketenangan dan kebahagiaan serta dipermudahkan semua urusan.

Sarah yang mengulang siar kenyataan berkenaan di Instagram Story mengucapkan terima kasih atas permohonan maaf yang dibuat individu tersebut.

Terdahulu, tindakan Sarah itu dilihat bermula apabila individu berkenaan membalas satu kenyataan yang pernah dikongsi pelakon ini di media sosial dan menunjukkan dia seperti diserang dengan kenyataan balas memburukkan dirinya.



"Ini semua sebab suami dia kaya. Sebab itu dia pertahankan rumah tangga walaupun suami curang.

"Isteri dia takkan lepaskan sebab suami kaya. Jadi apa-apa pun 'penyondol' yang salah. Terang-terangan dia tak nak dimadukan dan provoke satu Malaysia untuk benci skandal suami dia," tulis komen berkenaan.

Melihat ia sebagai satu kenyataan fitnah, Sarah mengambil tindakan memfailkan notis saman menerusi peguamnya Natasha Basheer and Associate.


Menerusi perkongsian sebelum ini, Sarah menjelaskan apa dilakukan adalah sebagai pengajaran buat mana-mana pihak agar tidak mudah membuat spekulasi tentang dirinya.

"Pengajaran kepada orang luar, jangan buat sebarang spekulasi berdasarkan apa yang anda lihat dan dengar tanpa bukti kukuh.

“Jangan buat fitnah fasal saya dan sila jaga kata-kata serta keluarga sendiri," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 19-7-2022 11:05 AM
ala.. so takde la saman saman..
rupanya penakut jua ye
Quote nurul_akmar 19-7-2022 11:09 AM
laaa... dah minta maap ke? igt akan stand dgn koment dia. pastu berani terima saman
Quote marla69 19-7-2022 11:11 AM
Dari sisi lain nampak PS ni sangat lembut hati n baik. Kalau org lain dah terang terang nama pengomen terbentang luas di ig story n feed.  Komen ai yang based on yg nampak kat thread ini. You go girl.
Quote mizruncing 19-7-2022 11:12 AM
kahkah kecut gak rupanyaaa. ingat kan hebat sangat dah dok pitnah org
Quote HoneyManjer 19-7-2022 11:29 AM
ok la tu...lepas nih bukak fake acct lain plak sambung hencapan
lol
Quote awex^returns 19-7-2022 11:36 AM
marla69 replied at 19-7-2022 11:11 AM
Dari sisi lain nampak PS ni sangat lembut hati n baik. Kalau org lain dah terang terang nama pengome ...

semalam dia ada letak kan nama pompuan tu tapi maybe sebab pompuan tu dah minta maaf, dia removed
Quote shida81 19-7-2022 11:41 AM
Ada org kata PS ni outspoken.. Bende remeh pun nk saman.. Tp pd ak klu PS x amik tindakan mcm ni mkn rancak la mulut netizen... Tu la klu brani komen brani la tanggung... Igtkan brani Sgt
Quote uori 19-7-2022 11:48 AM
rengsa aku tengok dia guna shortform dalam permohonan maaf tu
Quote princessmiang 19-7-2022 11:50 AM
Padan mukaaaaaa u go ghurlllllll!!!! Stand up for your own right!!! Saman je poromer2 hancing yang dok up gambar u zaman jahiliah.. u go girlllll
Quote TomyamPuteh 19-7-2022 11:50 AM
Kalau kt Indon nun berapa byk kes penyondol yg kena ganyang tau. Kt Malaysia tak nmpk lg la setakat ni. Tu yg penyondol makin naik lemak tu.
Quote nylliette 19-7-2022 11:53 AM
time menaip kemain sedap ko mengata org skali dpt surat saman kecut terus hahah tulah lenkali tulih kat forum ni dah
Quote ayukpingu 19-7-2022 11:57 AM
jari laju sangat menaip sampai tak ingat dosa dan kesan terhadap mangsa. masa mengata tu tak pandang kiri kanan eh... orang2 mcm ni mmg patut kena ajar. . berdiam diri bukan maksud kita takut dan ignore sampai diaorg boleh torture mental dan emosi.

ko sape nak judge and komen pasal personal life orang. tau pulak tarik balik...padan muka.
Quote marla69 19-7-2022 12:03 PM
awex^returns replied at 19-7-2022 11:36 AM
semalam dia ada letak kan nama pompuan tu tapi maybe sebab pompuan tu dah minta maaf, dia removed
...

Elok lah tu. At least dia ada  pun reti jaga aib org
Quote elzy 19-7-2022 12:09 PM
Okay lah tu selesai satu masalah...
Quote LemakPetai 19-7-2022 12:16 PM
Laki org pun dia nak kesah. Ikut suka PS la nak pertahankan ke tidak laki dia. Jaga laki sendii sudahhhh
Quote pocongkiutss 19-7-2022 12:24 PM
marla69 replied at 19-7-2022 12:03 PM
Elok lah tu. At least dia ada  pun reti jaga aib org

Org camni bg ios kena buat mcm Jasmin Hamid buat dulu
Quote kaklimahcomot 19-7-2022 12:25 PM
mujurla artis2 ni tak berkampung di porem ni.kalau tak, berapa ramai porumers termasuk aku yang memaki, menghina, menghencap ala2  semua nya jaminan syurga , tak pernah buat salah, suci murni belaka ni bakalan kena saman
Quote jijilaaa 19-7-2022 12:30 PM
mau tak ketaq lutut. nerakazen ni jari je laju menaip..duit habuk pun takde.
Quote syamzana 19-7-2022 12:40 PM
pocongkiutss replied at 19-7-2022 12:24 PM
Org camni bg ios kena buat mcm Jasmin Hamid buat dulu

kan...mintak maaf f2f. sakan kutok anak org ujung2 pengutok tu pun hausssss.
mujur khairunnisa ni x dilondehkan terus mukenya

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.682684 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top