CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Panjat Bumbung Stadium, Kencing Pula Atas Kepala Peminat Ragbi

19-7-2022 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1120| Komen: 1

Description: Bukan sahaja bertindak 'gila' dengan memanjat bumbung sebuah stadium di Australia, malah seorang lelaki turut membuang air kecil ke arah penonton yang sedang duduk menyaksikan perlawanan ragbi.
Bukan sahaja bertindak 'gila' dengan memanjat bumbung sebuah stadium di Australia, malah seorang lelaki turut membuang air kecil ke arah penonton yang sedang duduk menyaksikan perlawanan ragbi.


Kejadian berlaku ketika perlawanan Ujian Wallabies antara pasukan England dan Australia pada Sabtu, lapor Daily Star.


Kredit foto: Daily Star

Pada awalnya, dia memanjat papan skor perlawanan sebelum naik lebih tinggi ke atas bumbung stadium.

Tindakan itu menyebabkan dia ditangkap Polis New South Wales (NSW).

Polis NSW mengesahkan kepada laman web Aussie news.com.au bahawa seorang lelaki berusia 31 tahun ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Surry Hills berikutan insiden berkenaan.


Kredit foto: Daily Star

"Seorang lelaki berada di stadium sukan di Moore Park apabila dia didakwa memanjat ke atas papan skor dalam stadium, dan ke atas bumbung tempat penonton.

"Lelaki berusia 31 tahun itu dibawa ke Balai Polis Surry Hills yang mana dia didakwa berkelakuan biadab di tempat awam dan memanjat bangunan di kawasan terlarang," ujar kenyataan polis.


Kredit foto: Daily Star

Laporan itu seterusnya menyatakan bahawa lelaki itu telah diberikan jaminan bersyarat dan akan dihadapkan ke mahkamah tempatan pada 25 Julai.

Sementara itu seorang jurucakap mengesahkan bahawa lelaki terbabit akan diharamkan masuk ke stadium tersebut selama dua tahun.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 19-7-2022 02:24 PM
Ada masalah tekanan perasaan kah buat tabiat begini?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.110344 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top