Mengambil tanggungjawab sebagai fardu kifayah, seorang lelaki sanggup berhabis modal sehingga RM40,000 untuk menghasilkan produk mi kuning.
Nurul Hadi Ali, 47, berkata, proses pembuatan mi berkenaan yang kini diuruskan anak keduanya Nurnajmuddin, 19, yang dibantu empat pekerja dijalankan di sebuah premis yang disewa di Taman Sri Saujana, di Kota Tinggi. Mereka mampu menghasilkan antara 50 hingga 100 kilogram mi kuning dengan jenama ‘Produk Ibu Aira’ sehari.
“Saya merupakan seorang yang gemar makan mi kuning, begitu juga dengan anak-anak. Kita dapati mi kuning dalam pasaran kebanyakannya bukan dihasilkan oleh bumiputera. “Jadi, apa yang saya lakukan ini dengan menghasilkan produk mi kuning ini juga merupakan tanggungjawab fardu kifayah sebagai orang Islam. “Alhamdulillah, sambutan amat baik bahkan permintaan tidak mencukupi. Kebanyakan kedai dan pasar raya yang kita hantar suka dengan produk yang dihasilkan oleh orang Islam,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini. Menurutnya, keistimewaan mi kuning dihasilkan itu tidak perlu direbus dan boleh dimakan begitu sahaja kerana bahan pengawet yang kurang. Dia turut mengikuti kursus anjuran Institut Peyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk mempelajari proses menghasilkan mi kuning tersebut. Namun, setiap kejayaan tidak datang bergolek dan dia mengakui telah menempuh pelbagai cabaran dalam menghasilkan produk berkenaan. “Lebih 10 kali saya buat R&D (penyelidikan dan pembangunan) untuk hasilkan mi kuning yang terbaik untuk pelanggan. Memang pada awalnya otak hanya memikirkan mi sahaja kerana kami mahu hasilkan produk yang terbaik dan lebih baik. “Pernah juga kami berdepan dengan mi yang pecah, mi yang putus-putus sampai 60 kilogram namun sebagai bapa yang menjadi suri teladan buat anak-anak, saya tidak boleh berputus asa. “Masa itu mi yang tidak menjadi kami hadiahkan sahaja kepada orang. Alhamdulillah akhirnya selepas lebih 10 kali lakukan R&D, kami berjaya hasilkan mi kuning yang terbaik untuk pelanggan,” katanya. Nurul Hadi turut mempunyai impian untuk memperluaskan lagi pasaran mi kuningnya yang kini hanya di sekitar daerah Kota Tinggi, khususnya daripada para pelanggan di sekitar Felda Tenggaroh, Pasir Gudang dan Johor Bahru. “Namun kami tidak dapat untuk menerima permintaan kerana kekangan kami adalah peralatan digunakan tidak secanggih mana dan terdapat proses yang masih dilakukan secara manual, memerlukan tenaga kerja manusia. “Sekiranya kami di sini dapat memiliki mesin canggih untuk memproses mi kuning ini, kami yakin dapat mengeluarkan sehingga satu tan mi kuning sehari. “Namun kos untuk pembelian mesin tersebut amat tinggi dan buat masa ini memang kami tidak mampu untuk membelinya lagi,” katanya yang amat mengalukan bantuan daripada mana-mana pihak. Sumber: UTUSAN |
sarahmirza replied at 19-7-2022 02:17 PM
I beli numee gardenia je skrg...
Kenapa i rasa fardu kifayah ni lebih berat kepada perkara2 yang ti ...
supernaturalee replied at 19-7-2022 03:28 PM
since u dh sebut numee
btw pg ni ada ofismate bg doorgift kawen adik die sebungkus numee dlm kotak ...
ADVERTISEMENT