CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Niat Dah Betul, Cara Salah!" Jemaah Lelaki Sedekah Rokok Di Masjid Dikecam

18-7-2022 03:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1583| Komen: 14

 Tular di media sosial, seorang jemaah lelaki di masjid telah memberikan rokok kepada jemaah lain sebagai tanda sedekah di sebuah masjid Kampung Jawa, Segamat.


Susulan itu, tindakan tersebut telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.

Foto: Tiktok

Menerusi video yang dimuat naik oleh @udinponboleh di laman TikTok nya, terdapat dua kotak rokok telah diagihkan dalam raga setiap motorsikal, basikal dan pada bahagian depan kereta.

Rata-rata netizen telah mempertikai serta mempersoalkan niat dan  hukum pemberian yang dilakukan oleh lelaki itu di tempat ibadah umat islam.





Seperti semua sedia maklum, hukum menghisap rokok telah difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor sejak dari tahun 1995.

Malah, Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri turut berkongsi lebih lanjut isu pengharaman rokok dengan lebih terperinci. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 18-7-2022 03:44 PM
semoga sedekahnya diterima

tak nak, bagi aku

Quote NazRysha 18-7-2022 03:48 PM
kalau haram maksudnya berdosa kan
masuk neraka la siapa yang isap rokok ni?
Quote mizruncing 18-7-2022 03:55 PM
cam tu pon boleh ekkk
Quote Firenzza 18-7-2022 10:33 PM
Wpun dh difatwa haram nape ada lobai2 sap kok sementara tggu isyak kt beranda sejid? Klau babi cpt pulak setajah viralkan sotong ring dibuat dari rektum babii sampai effect biznes tokey sotong tu
Quote dua_chzy 18-7-2022 10:36 PM
Ni tak kira menghina Islam menghina Melayu ka? Terang2 seswatuh kot?
Quote Skuau 18-7-2022 10:53 PM
dua_chzy replied at 18-7-2022 10:36 PM
Ni tak kira menghina Islam menghina Melayu ka? Terang2 seswatuh kot?

adakah kerna merndermakan sesuatu yg dh difatwakan haram..ke...cikgu???
Quote Adrif 18-7-2022 11:03 PM
haaa?????
mendermakan sesuatu yang bagi kemudaratan pada kesihatan??

niat tak menghalalkan cara bang oii

Niat = awok nak sedekah ler Jumaat ni
Cara = nah rokok dua kotak. sedia maklum tau, hisap rokok ni tak sihat, dan difatwakan haram. tapi amik la, hihi

daripada niat dah elok, tapi caranya tak kena
dah nak dapat pahala, silap2 dapat dosa
sebab bunuh orang ramai dengan cara indirect, bagi racun (rokok)

boleh kira kes syubhah ni
was-was antara halal dan haram
jauhilah syubhah, baru hidup tenang
Quote dua_chzy 18-7-2022 11:09 PM
Skuau replied at 18-7-2022 02:53 PM
adakah kerna merndermakan sesuatu yg dh difatwakan haram..ke...cikgu???

Iya la. Uols tak perceive tindakan jantan ni persis mengejek agama ke?
Quote dua_chzy 18-7-2022 11:10 PM
Boleh pulak korang husnuzon pasal niat dia.

Macam menganjing je tindakan dia ni bagi akka.
Quote caprut 18-7-2022 11:12 PM
dua_chzy replied at 18-7-2022 11:10 PM
Boleh pulak korang husnuzon pasal niat dia.

Macam menganjing je tindakan dia ni bagi akka.

Org melayu selective so much. Kalau prempuan seksi jual body dkt tepi masjid pon lelaki2 islam akan senyap je. Yg penting solat
Quote dua_chzy 18-7-2022 11:29 PM
caprut replied at 18-7-2022 03:12 PM
Org melayu selective so much. Kalau prempuan seksi jual body dkt tepi masjid pon lelaki2 islam aka ...

Idok la pula aku pernah nampak adegan extreme jual badan tepi masjid ni Caprut...
Quote tripleid 19-7-2022 12:10 AM
X mungkin org islam buat keje gini..ni mesti yahudi nyamar isle jah ni
Quote caprut 19-7-2022 12:19 AM
dua_chzy replied at 18-7-2022 11:29 PM
Idok la pula aku pernah nampak adegan extreme jual badan tepi masjid ni Caprut...

Itu secara metafora nye.
Quote dua_chzy 19-7-2022 12:20 AM
caprut replied at 18-7-2022 04:19 PM
Itu secara metafora nye.

Gaytoh.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.071151 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top