CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terjatuh Dalam Kolam Tepi Rumah, Wanita Mati Dibaham Dua Buaya

18-7-2022 10:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1665| Komen: 3

Seorang pesara maut dibaham oleh dua ekor buaya dalam satu serangan mengerikan selepas dia secara ‘tragis’ terjatuh ke dalam kolam berhampiran rumahnya.

Wanita itu dikatakan telah digigit binatang buas itu sebelum dia sempat keluar dari air di Kelab Golf dan Desa Boca Royale di Englewood, Florida.

Dilaporkan bahawa wanita itu bergelut untuk menyelamatkan diri selepas dia dikesan jatuh ke dalam kolam yang dipenuhi sang buaya pada 15 Julai lalu.

Foto: Daily Star

Pejabat Syerif Daerah Sarasota mengesahkan mangsa yang identitinya belum dikenal pasti disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida telah menangkap dan mengeluarkan kedua-dua buaya itu dari kolam tersebut.

Satu kenyataan dari FWC menyatakan bahawa sejak 10 tahun yang lalu, Florida mempunyai purata lapan kes serangan gigitan yang tidak diprovokasi setiap tahun namun cukup serius untuk memerlukan rawatan perubatan profesional. -CARI

Sumber: mStar/Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 18-7-2022 12:27 PM
rest in RIP
Quote tripleid 18-7-2022 01:58 PM
Kena makan aligator bukanya buaya..kat florida kan
Quote sharlenetexas 18-7-2022 01:59 PM
Kenapa polis kat sana dipanggil sherif?


Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.031219 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top