CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Cari Rider Langgar Lampu Isyarat, Rempuh Isteri Sarat Hamil 7 Bulan

18-7-2022 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3022| Komen: 23

Sikap segelintir rider penghantar makanan yang menunggang secara melulu kerap menjadi topik perbualan netizen di media sosial.

Dalam kejadian di Jalan Semerah Padi, Cheras pada Sabtu, seorang wanita yang sarat hamil tujuh bulan turut menjadi mangsa kepada seorang rider yang memandu secara melulu.

Foto: via mStar Online

Menurut Azrolnizam Sidek, 30, isterinya Nor Safikah Zulkifli, 26, mengalami komplikasi selepas dirempuh rider berkenaan sehingga terpaksa ditahan di Hospital Ampang sejak Sabtu.

"Kejadian berlaku dalam pukul 2 petang. Masa tu saya naik motor berdua dengan isteri, saya dalam perjalanan untuk hantar dia ke tempat kerja. Ketika di simpang empat lampu isyarat, lampu di laluan kami berwarna hijau, jadi saya terus menunggang seperti biasa.


"Tiba-tiba motor rider dari laluan lain rempuh kami. Mujurlah saya bawa perlahan masa tu. Jadi kami tak terjatuh ke atas jalan. Cuma isteri saya tiba-tiba mengadu sakit sebab berlaku hentakan. Impak rempuhan menyebabkan isteri saya terhetak di belakang.

"Rider tu pula terjatuh atas jalan. Saya tak sempat ambil nombor plat atau bercakap dengan rider tu. Saya cuma ingat motor dia warna biru. Masa tu saya terus bergegas ke hospital sebab isteri sakit, saya risau berlaku pendarahan.

"Isteri saya masih ditahan di wad. Hentakan menyebabkan kedudukan bayi dalam kandungan jadi tak betul. Doktor akan terus pantau jantung dan uri sebab berlaku regangan," ujar bapa kepada seorang cahaya mata itu.


Foto: via mStar Online

Senang disapa Azrol, dia kini sedang berusaha untuk mencari rider berkenaan dan berharap kes tersebut dapat diselesaikan secara baik.

Menurut Azrol, dia turut membuat hebahan di group Facebook GrabFood Rider Malaysia dan berharap rider berkenaan tampil menghubunginya secepat mungkin.

"Saya cari rider tu sebab nak selesai cara baik. Saya cuma nak dia tahu mengenai apa yang berlaku. Mungkin dia tak tahu isteri saya sarat hamil.

"Saya nak berbincang, nak saling bermaafan. Saya bukan nak saman atau nak dakwa dia. Harap dia muncul untuk berbincang dengan saya. Saya pun tak mahulah sampai ke arah tindakan undang-undang.

"Tapi saya tetap buat laporan kepada pihak Grab, saya juga dalam proses untuk buat laporan polis. Selepas buat hebahan di group Facebook rider, saya juga terharu baca komen dan doa netizen.

"Alhamdulillah, ramai yang doakan isteri saya. Sebab seorang, rider lain turut terpalit. Tapi tak semua rider bawa motor secara melulu," ujarnya lagi.

Menurut Azrol, dia juga pernah beberapa kali terlibat kemalangan dengan rider, namun kejadian ini merupakan yang pertama kali buat isterinya.

"Kesian isteri saya, emosi dia terganggu. Ini kali pertama dia kemalangan. Saya ralat sebab segelintir rider bawa motor tak hirau keselamatan orang. Cara pemanduan bahaya. Kalau tak sayang nyawa sendiri tak apa, tapi kena fikir orang lain.

"Saya sendiri dah banyak kali kemalangan dengan rider. Tapi sebelum ini saya seorang, tak apalah. Kali ini isteri saya pun kena," ujarnya lagi.

Jelas Azrol, motosikal miliknya mengalami sedikit kerosakan sahaja dalam kejadian pada Sabtu.

Untuk rekod, Azrol yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga dijangka menyambut kelahiran cahaya mata kedua pada hujung September ini. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 18-7-2022 10:15 AM
gerab ke fp ke sopee ke motorist biasa ke, sbb rasa kecik boleh je cilok.
Quote esbok 18-7-2022 10:15 AM
gerab ke fp ke sopee ke motorist biasa ke, sbb rasa kecik boleh je cilok.
Quote KamikuP 18-7-2022 10:20 AM
Meolss skrg ni trauma bila dok depan sekali kat trafik light sbb wpon dah hijau ada je rider yg langgar lampu merah..choii sgt khuenzz
Quote damsel_fiji 18-7-2022 10:31 AM
mmg menggelupor dorg ni bwk atas jalan..bukan setakat langgar lampu merah..melawan arus..jalan atas laluan pejalan kaki..siap hon2 lagi suh ketepi
Quote shernazz 18-7-2022 10:33 AM
Cm.jilaka.depa neh..kang kutuk2 kang mak depa.ckp depa.baikkkk
Quote Buritan 18-7-2022 10:36 AM
shernazz replied at 18-7-2022 10:33 AM
Cm.jilaka.depa neh..kang kutuk2 kang mak depa.ckp depa.baikkkk

Sian pompuan ni.. harap harap okla baby dgn mak.. jgn kuar kang mcm mcm cite..
Quote Nuyak 18-7-2022 10:39 AM
memang geram dgn rider yang bawak tak tentu arah...cilok sana sini tiba2 keluar buat org terkejut..korang tak sayang nyawa ke sbb klu berlanggar korang la yg paling teruk...aishhh
Quote nuril86 18-7-2022 10:39 AM
sbb tulah aku sanggup tunggu sekejap wlwpon lampu hijau.. pasal ada walaun2 yang jenis x kira moto ke kereta, lampu dah merah kemain dia menekan lagi minyaknyee....
Quote shernazz 18-7-2022 10:41 AM
Buritan replied at 18-7-2022 10:36 AM
Sian pompuan ni.. harap harap okla baby dgn mak.. jgn kuar kang mcm mcm cite..

Tau tak pe.harap ada dashcam.la...
7 bulan terhentak sakit ooo
Quote mizruncing 18-7-2022 10:44 AM
aku rasa takdenyaa rider nak ngaku
Quote kechikchomel 18-7-2022 10:44 AM
iolss ingat bini izzue tadi


moga baik2 aja utk mak n baby tu
Quote Buritan 18-7-2022 10:45 AM
shernazz replied at 18-7-2022 10:41 AM
Tau tak pe.harap ada dashcam.la...
7 bulan terhentak sakit ooo

Sakit satu hal.. baby tu. Aku mmg tak suke debgo yg bkn bkn ttg baby.. suke debgo baby sihat je.. siann..
Quote prettyuglybabe 18-7-2022 10:46 AM
motor sama motor..
yang grab rider tu dah tentu la salah langgar lampu..
yang kena langgar, hijau terus jalan ke tak tengok keliling?
amik lesen pun ada kata, hijau kita jalan bila keadaan dipastikan selamat..
i biasa je tengok motor-motor ni kadang tak dan hijau dah jalan dulu..
Quote Mary_jane 18-7-2022 11:02 AM
Sebab kejar order, biasa tu jela alasan. Padahal semua orang pun nak cepat sampai. Moga mak & baby nya selamat.
Quote ais_kosong 18-7-2022 11:06 AM
Banyak kali juga jumpa diorang langgar lampu isyarat bagai.
Quote chinta89 18-7-2022 11:52 AM
rider foodpanda n grabfood mmg kebanyakan langgar lampu isyarat. pahtu asik la geng diorg bekap sb nk kejar trip, kita ni merke cop x faham depa cari rezeki hujan panas katanyaaa, kejat trip katanya, bla bla bla...

tp kalau dah langgar lampu isyarat, bawak motor membahayakan org, its simple right mmg salah kan? ape kaitan dgn korang kejar trip n berhujan panas cari rezeki? isunya korang buat salah langgar lampu isyarat n menyusahkan org lain. x pyh putar belit bab lain. bukan keja korang yg yg terpaling murni terpaling susah di dunia ni.

aku x pukul rata tp mmg ramai yg bawa motor mcm nk menuju mati.
Quote elnor_81 18-7-2022 12:04 PM
Dpn skolah aku..ad trafik lite..mcm ba*i! Main langgar je lampu merah. Baik motor..keta..lori..sme je. Bdk tgh melintas kot
Quote TomyamPuteh 18-7-2022 12:24 PM
Abg2 riderkan wira negara. Klau xde depa kebulor la rakyat Malaysia.
Quote Supersirap 18-7-2022 04:20 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.041162 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top