Meminati kedua-dua cabang seni iaitu nyanyian dan lakonan, Ayda Jebat bagaimanapun terpaksa mengenepikan karier sebagai pelakon buat sementara waktu demi anaknya, Ana Nayla.
Memetik laporan Oh Bulan!, dia sudah pun berbincang dengan suaminya, Nabil Mahir mengenai hal tersebut dan hanya akan kembali berlakon apabila merasakan ia adalah masa yang tepat.
Ayda turut mendedahkan sudah menolak kira-kira 10 tawaran berlakon yang menganggap kerjaya tetapnya adalah sebagai ibu.
"Kerjaya saya sekarang lebih kepada ibu. Saya berehat sekejap daripada dunia lakonan. Saya tidak pasti sampai bila tapi rasanya sampai saya sudah sedia untuk kembali berlakon.
"Sebenarnya, semuanya sebab anak. Saya mahu bagi masa mungkin sehingga Ana sudah pandai berjalan. Jadi, masa itu selesa sikit saya tinggalkan dia.
"Jujurnya, banyak juga tawaran yang saya dapat sebab sudah lama tidak berlakon. Rasanya kali terakhir adalah drama bersama Remy Ishak, Bukan Gadis Biasa, sebelum pandemik Covid-19," katanya yang ditemui ketika majlis pelancaran wajah baharu jenama air mineral terkenal.
Ayda turut memaklumkan dia sama sekali tidak akan membawa anak perempuannya itu di tempatnya bekerja.
"Kami tidak akan bawa anak pergi kerja. Kalau hendak keluar jumpa kawan pun jarang. Rasanya hanya ada beberapa kawan sahaja yang pernah jumpa Ana walaupun dia sekarang sudah berusia 10 bulan.
"Ramai juga tanya bila nak jumpa Ana sebab asyik tengok di IG sahaja. Tapi kami masih belum sedia bawa dia jumpa orang ramai. Pergi pusat beli belah pun baru sekali dua. Itu pun tempat tak ramai orang," katanya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Dah tu, buat statement takkan bawak anak pegi tempat kerja, dalam maksud lain nak bagi retis lain yang bawak anak pi keje tu terasa ke acaner?? (Contoh seperti :- Zahirah McWilson)
Baik la eda mat aris rehat lama2, bosan tengok kau berlakon. Jadi pongkid pun tak menjadi. Paling celaka dalam drama kau jadi pongkid tu, ada 3 jantan rebutkan kau. Sampah gila drama tu.
Baik ikut jejak rosnah jebat, nampak exclusive sekarang ni.