Fasha Sandha tidak mendabik dada walaupun mnceburi bidang lakonan sejak usia belasan tahun. Malah, kata aktres berusia 38 itu, sehingga ke hari ini dia masih menyertai kelas lakonan bagi memperkemaskan teknik lakonan daripada aktres Fauziah Nawi kerana percaya ilmu itu sangat penting.
"Sehingga ke hari ini saya masih lagi belajar dengan ibu (Fauziah Nawi) tentang teknik lakonan. Jika bercuti, saya akan ambil peluang menimba ilmu kerana percaya ilmu tidak pernah putus. "Sebab itu juga saya yakin dan percaya perkara itu juga yang membawa saya di sini, hari ini. Belajar mengenai kawalan suara, cara untuk marah, menangis dan melontarkan dialog dengan jelas juga mempunyai ilmunya," katanya kepada mStar ketika Majlis Tayangan Episod Akhir Drama Dendam Seorang Isteri bersama peminat dan media di Panggung Asia, Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam pada itu, Fasha berkata, antara faktor dia mengekalkan kualiti dalam lakonannya adalah termasuk memberi fokus kepada satu projek dalam satu masa agar dapat memberikan hasil terbaik. Namun, dia menolak dakwaannya dia memilih watak demi mengekalkan nilai eksklusif ketika muncul di televisyen. "Banyak kali saya dapat tawaran serentak, kadangkala empat atau lima produksi tawarkan dalam bulan sama. Tetapi saya akan pegang satu kerja dan akan fokus. "Saya tidak setuju untuk buat dua kerja dalam satu masa sebab tidak boleh fokus. Saya percaya pada rezeki, daripada menyusahkan orang lain lebih baik kita berkorban dengan melakukan satu perkara sahaja. Itu lebih baik," jelasnya. Sudah lama mengikut kelas lakonan, Fasha berkata, dia juga sering menasihati pelakon baharu agar tidak jemu mencari ilmu selain sentiasa menjaga disiplin dan bertanggungjawab dalam amanah diberikan. "Saya memang terapkan disiplin dalam diri sejak remaja lagi. Dulu masa zaman sekolah, saya seorang pengawas. "Apabila jadi pelakon, saya percaya itu adalah resepi dan rahsia yang membawa saya ke tempat sekarang. "Sebab itu juga saya sering pesan kepada pelakon baru agar jaga disiplin, rebut peluang menimba ilmu dan melunaskan tanggungjawab dengan baik," katanya. Sumber: mStar
|
Kaktusmati replied at 18-7-2022 10:12 AM
dia berlakon tak natural. nampak yg dia tengah berlakon.
adiknya si elisya tu best natural je bila b ...
Cokoro replied at 18-7-2022 06:01 AM
Igt dulu fenomena natasya. Siap kt bungkusan roti pun ada muka fasha
ADVERTISEMENT