CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Menang Anugerah- Makin Laku, Shiha Zikir Nafi Bayaran Makin Mahal

18-7-2022 11:21 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1140| Komen: 0|Original author: Tatod

Sumber IG


Selebriti serba boleh, Shiha Zikir tampil menafikan khabar angin yang mengatakan dia kini mulai meletakkan bayaran tinggi dan jauh berbeza seperti sebelumnya.

Isu itu mulai timbul selepas personaliti itu memenangi beberapa anugerah dan semakin terkenal.

Memetik laporan Kosmo! Online, desas-desus tersebut menyebabkan ada beberapa pihak yang takut untuk memberikan tawaran pekerjaan kepadanya.


Wanita bergelar penyanyi, pelakon dan pengacara itu menegaskan khabar angin yang semakin menular dalam kalangan orang industri seni itu sama sekali tidak berasas.


"Saya tetap merasakan sama saja seperti dahulu. Saya masih Shiha Zikir yang dulu.

"Cumanya mungkin dari segi tawaran saya terima itu, Alhamdulillah, semakin banyak. Tapi, ada pihak yang risau tentang bayaran.

"Mungkin mereka fikir bila saya sudah pegang satu tittle atau menang anugerah maka bayaran saya semakin mahal dan perlulah setimpal.

"Tak dinafikan saya memang ada dengar orang berkata mengenai bayaran saya tetapi rata-rata mereka yang memanggil saya sudah meletakkan satu bayaran yang sesuai dengan situasi tanpa saya perlu beritahu," katanya.


Dalam pada itu, pemilik nama lengkap, Nurshiha Mohd Zikir, 35, itu sentiasa mengambil kira kemampuan diri sebelum menerima tawaran pekerjaan. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.049942 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top