CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kontrak Kahwin, ‘Hanya Satu Piza Sebulan’

17-7-2022 10:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1468| Komen: 3

Kebanyakan bakal raja sehari masa kini memeterai ‘kontrak perkahwinan’ sebagai perjanjian persefahaman sebelum mereka melayari bahtera rumah tangga.


Langkah sama turut diambil pasangan Shanti Prasad, 24, dan Mintu Rai, 25, yang menandatangani sebuah ‘kontrak tidak terikat’ ketika upacara perkahwinan mereka di Guwahati, negeri Assam di India malah perjanjian tersebut menjadi tular di media sosial.


Foto: Daily Pakistan

Rakaman video berdurasi 16 saat itu juga mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial dan telah ditonton lebih 45 juta kali sejak dimuat naik di Instagram pada 22 Jun lalu.


Syarat utama dalam kandungan perjanjian itu yang mendapat perhatian ramai adalah ‘hanya satu piza sebulan’ berikutan Prasad merupakan seorang penggemar makanan berasal dari Itali tersebut.

Selain itu, terdapat beberapa syarat lain seperti Rai perlu menyediakan sarapan pagi pada setiap hari Ahad, membawa isteri keluar membeli-belah setiap tempoh 15 hari dan hanya boleh menghadiri mana-mana parti jika ditemani Prasad.


IG wedlock_photography_assam

Syarat yang dipersetujui Prasad pula adalah pergi ke gimnasium dan memakai sari pada setiap hari.

Bagi mengelakkan mereka melanggar syarat yang ditetapkan, pasangan tersebut turut menggantung kontrak tersebut pada dinding rumah mereka.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 17-7-2022 11:02 PM
Herlok keduanya. Takpa la ngada2 gini janji herlok kata poromer.
Quote I.K.A888990 18-7-2022 01:38 AM
mcm2 la
xpe janji bahagi
Quote Cpkay 18-7-2022 02:49 PM
go to gym daily pun perlu ada perjanjian ek ? hahhaha

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.045737 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top