Haneesya Hanee menegaskan dia tidak pernah berasa cemburu dengan kejayaan dikecapi Anna Jobling apabila aktres itu kini dilihat semakin menyerlah dalam bidang lakonan.
Mengakui dirinya masih belum cukup dikenali, Haneesya, 21, menganggap sifat cemburu itu adalah orang-orang yang lemah. “Kenapa saya harus cemburu dengan kejayaan orang lain. Sifat cemburu adalah untuk orang yang lemah. Rezeki datang dari Tuhan. Haneesya selesa dengan apa yang dimiliki sekarang.
“Saya mungkin tidak dikenali. Tetapi saya masih ada pendapatan, membayar bil dan hidup bahagia bersama keluarga. Itu yang saya perlukan dalam hidup,” katanya. Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan berkata demikian menjawab pertanyaan netizen menerusi ruangan soal jawab di media sosial. Netizen dilihat sengaja membangkitkan soalan sedemikian kerana sebelum ini kedua-dua pernah berselisihan faham kita sama-sama menyertai program realiti Dewi Remaja pada tahun 2019. “Adakah anda cemburu dengan populariti Anna Jobling sekarang? “Sekarang Anna adalah paling popular dalam alumni Dewi Remaja. “Adakah anda masih ingat Anna Jobling?” tanya netizen. Meskipun Haneesya bergelar juara dalam program tersebut, namun gelarannya itu ditarik semula gara-gara tersebar video dia berpesta di sebuah kelab malam. Susulan kejadian itu, tidak semena-mena nama Anna dikaitkan menjadi dalang penyebaran video. Pelakon berusia 22 tahun ini bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ia satu bentuk fitnah yang tidak benar. Nama Anna kini semakin mendapat perhatian penonton selepas dia membintangi drama berjudul Melur Untuk Firdaus bergandingan bersama aktor Meerqeen. Sumber: mStar
|
Hoshhi replied at 17-7-2022 10:16 PM
Ooo so btolla apa aku baca psl anna jobling ni. Tp klu tgk muka anna mmg perasan air muka dia ni air ...
bankerpencen replied at 18-7-2022 08:29 AM
Sendiri minum arak… bukan salah sesiapa. Kalau bukan nak join showbiz pun, still kena pandai watch ...
virgo19 replied at 18-7-2022 06:57 AM
Skrg ni org tgh puji2 si anna ni, cantik sgt katanya, tapi bagi aku muka anna ni tak menarik, terlal ...
Kerusijati replied at 18-7-2022 08:59 AM
Macam punjabi aje aku rasa anna ni..byk lagi punjabi india malaysia lagi lawa
ADVERTISEMENT