CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makin Mantap, Abang Viva Dah Boleh Buat CPR

17-7-2022 10:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2190| Komen: 19

Sukarelawan terkenal dengan jolokan ‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya, Azwan Omar selesai menjalani Kursus Asas Pertahanan Awam selama tiga hari di Ayer Keroh, hari ini.


Azwan, 30, ketika ditemui pemberita memberitahu, beliau telah mempelajari pelbagai kemahiran asas penyelamatan termasuk bantuan pernafasan (CPR) dan ikatan tali di saat kecemasan.


Ketua Bahagian Operasi, Latihan dan Angkatan, Kapt. (PA) Aljibin Suddin (kanan) menyampaikan sijil kepada Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar, 30, (kiri) pada majlis penutup kursus asas pertahanan awam negeri Melaka siri 2/2022 di Pejabat Negeri Pertahanan Awam Ayer Keroh, Melaka. Gambar RASUL AZLI SAMAD


“Sekarang ni saya rasa lebih yakin untuk memberikan bantuan awal kepada mangsa bencana terutamanya melibatkan banjir kerana telah belajar ilmu asas penyelamatan.

“Saya sudah tahu bagaimana cara memberikan CPR dan ikatan simpul mati dengan lebih baik, selain menjadi lebih berdisiplin yang mana pengalaman ini tidak dapat di tempat lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutup Kursus Asas Pertahanan Awam Siri 2/2022 di Pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, hari ini.

Tambahnya, sebelum ini dia hanya dapat memberikan bantuan memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara kerana tidak mempunyai keberanian menghadapi situasi lebih getir.

“Dulu kalau nampak orang pengsan, saya memang tak berdaya nak membantu sebab tak tahu bagaimana caranya, lagi pun saya bergerak secara solo.

“Selepas menjalani kursus ini bolehlah saya bergerak dengan pasukan APM dan membantu orang ramai menggunakan ilmu yang telah dikongsikan,” katanya selepas Majlis Penutup Kursus Asas Pertahanan Awam Siri 2/2022.

Terdahulu, kursus tersebut disertai 42 peserta terdiri daripada guru, pelajar tingkatan enam dan orang awam. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 17-7-2022 10:03 PM
Lepas ni kursus masuk rumah asap pula.


Quote Samerosie 17-7-2022 10:07 PM
sharlenetexas replied at 17-7-2022 10:03 PM
Lepas ni kursus masuk rumah asap pula.

Lepas tu belajar tangkap ular pula.  Graduate terus jadi abam bomba
Quote sharlenetexas 17-7-2022 10:17 PM
Samerosie replied at 17-7-2022 10:07 PM
Lepas tu belajar tangkap ular pula.  Graduate terus jadi abam bomba

Kalau dulu2 kursus APM ada kursus asas, pertengahan dan ada banyak lagi kursus. Zmn iols dulu ramai yg jd sukarela dan tak ramai staf tetap. Sekarang tak tahulah. Dulu bawah KDN, sekarang JPM yang ambil alih. Abg viva kursus tiga hari tak termasuk kawad kaki kot.




Quote ina_na 17-7-2022 10:57 PM
sharlenetexas replied at 17-7-2022 10:17 PM
Kalau dulu2 kursus APM ada kursus asas, pertengahan dan ada banyak lagi kursus. Zmn iols dulu rama ...

Pd aku x yah la dia belajo kawad kaki..bg le dia ilmu menyelamatkan mangsa lemas,terbako,eksident.. uolss rs bazirkan tenaga dia je berkawad2 semua ni... Kang bertambah kurus dia..kesian.
Quote Adrif 17-7-2022 11:33 PM
ina_na replied at 17-7-2022 10:57 PM
Pd aku x yah la dia belajo kawad kaki..bg le dia ilmu menyelamatkan mangsa lemas,terbako,eksident. ...

kan..
kot la tiba2 time banjir dalam bot tu dia kena berdiri tegak, "KIRRRIIIIII PUSING!"

lepas tu gedebush brrrr.. "Abe Ajis jatuh bok"
Quote Shayang 17-7-2022 11:45 PM
Insya Allah bakal KP kesihatan tak lama lagi nih, tp kena bersaing la dgn pejuang kesihatan ke apa tah hat jual mi tu.
Quote airmineral 18-7-2022 10:11 AM
aah pnh pegi kursus cpr APM buat drg mmg promote sapa² berminat nak jadi ahli part time dgn syarat kena kursus dan tauliah. nnt drg byr elaun la
Quote manehnya 18-7-2022 10:11 AM
cpr je pun.. ahli persatuan PBSM pun reti la
Quote airmineral 18-7-2022 10:15 AM
ina_na replied at 17-7-2022 10:57 PM
Pd aku x yah la dia belajo kawad kaki..bg le dia ilmu menyelamatkan mangsa lemas,terbako,eksident. ...

make sure fitness dan skill survival yg lain dikuasai dgn tiptop itu yg paling penting..sbb nak selamatkan org, kena make sure diri sendiri selamat
Quote axl_bach 18-7-2022 10:19 AM
manehnya replied at 18-7-2022 10:11 AM
cpr je pun.. ahli persatuan PBSM pun reti la

Reti buat tp x konfiden nk lakukan in real time situation buat apa...

CPR pun kena belajar utk dptkan HIGH QUALITY CPR,  kena jaga rate,  kekuatan tekanan, cara nk kenalpasti mangsa yg perlukan bantuan CPR, nk buat penilaian setiap kali cukup kitaran cpr,  dll lg...
Quote mojarean_X 18-7-2022 10:24 AM
Bagus improve skills
Quote mizruncing 18-7-2022 11:15 AM
wowww patut bomba hired la abam viva terus serap masuk bomba. ada jugak gunanyaaa
Quote kaoru44 18-7-2022 11:24 AM
Baru 30thn? I ingt dia dh nk dkt 40
Quote ina_na 19-7-2022 04:59 PM
Adrif replied at 17-7-2022 11:33 PM
kan..
kot la tiba2 time banjir dalam bot tu dia kena berdiri tegak, "KIRRRIIIIII PUSING!"


Hahaha kan.. nayo weii
Quote ina_na 19-7-2022 05:00 PM
airmineral replied at 18-7-2022 10:15 AM
make sure fitness dan skill survival yg lain dikuasai dgn tiptop itu yg paling penting..sbb nak se ...

Ye..dah boleh start join team ambulan tuk ambik pengalaman..
Quote supernaturalee 6-9-2022 11:04 PM
Korang....abg viva dh jd model fon OPPO
Iklan youtube td keluar


Btw comel la capt aljibin
Quote sangbara2020 7-9-2022 08:28 AM
no komen...semoga berjaya iolls ucapkan
Quote tri-max 7-9-2022 09:15 AM
bagusla upgrade ilmu tp tak semestinya kena masuk badan beruniform aka abam bomba, freelance lebih mengujakan gitu
mungkin otot tangan abg viva tak lepas pon nak masuk bomba
Quote tintin22 7-9-2022 09:17 AM
terus kan cari ilmu

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.222866 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top