CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Jejak Perompak Guna Darah Nyamuk

17-7-2022 09:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1226| Komen: 6

Darah seekor nyamuk yang sudah mati terlekat di dinding sebuah apartmen di wilayah Fujian, China, menjadi petunjuk pasukan penyiasat memberkas seorang penjenayah misteri. 


Bunyinya kelihaan seperti plot episod Crime Scene Investigation (CSI), tetapi menurut sumber berita China, pihak berkuasa di Fuzhou berjaya menangkap pencuri selepas menganalisis kesan darah yang ditinggalkan di bahagian dinding oleh nyamuk tersebut. 


Pasukan penyiasat mengambil sampel darah pada nyamuk mati di dinding sebuah apartmen di Fujian. -AGENSI

Pasukan penyiasat memutuskan untuk menjalankan ujian darah bagi mengenal pasti data asid deoksiribonukleik (DNA) tersebut selepas memeriksa pangsapuri yang dirompak di kawasan kediaman bertingkat. 


Polis menyedari perompak menceroboh kediaman itu selepas memanjat balkoni dan berkemungkinan suspek bermalam di situ. 

Menurut Global Times, penyiasat menemukan sisa mi dan telur masak di dapur, selimut dan bantal yang diambil daripada almari pakaian sebelum ditinggalkan di atas katil, serta batang kemenyan yang dibakar sekali gus memberikan petunjuk individu yang menceroboh rumah itu. 

“Apabila kami melihat seekor nyamuk mati dengan dua kesan darah pada dinding, kami putuskan darah ini perlu dianalisis,” kata penyiasat. 

Hasil ujian DNA menunjukkan darah itu adalah milik seorang lelaki bernama Chai yang kebetulan mempunyai rekod jenayah lampau. 

Selepas 19 hari rompakan itu, Chai disoal siasat dan mengaku memecah masuk rumah tersebut serta tiga kes pecah rumah lain. 

Dia kini ditahan sementara menunggu perbicaraan di mahkamah. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 17-7-2022 10:01 PM
Dalam hal ini, terima kasih sang nyamuk. Nasib baik pasukan penyiasat tergerak hati nak siasat darah nyamuk.

Kalau pencuri yang guna ilmu pukau lepas tu berak bersepah, boleh ambil sampel najis.

Quote mbhcsf 17-7-2022 11:02 PM
see..? si makhkuk kecil and harmless to say the least ni yg membuka rahsia...wow AlLah is Great kan

nyamuk hispa darah and that one boleh gune analisis.


kalau soalan KBAT, boleh tanya sel darah mana?
sel marah mana tak ada nuclues ketika tinggalkan sum sum tulang...jeng jeng jeng...

Quote exclusive_vvip 17-7-2022 11:10 PM
Edited by exclusive_vvip at 17-7-2022 11:12 PM

bagusnya polis diorg,siasat betul2 walupun cuma kes pecah rumah..dulu rumah iols kena pecah, tapi pencuri x masuk (xtau la sbb x sempat  ke apa), lock yg dia baraikan dia tinggal je depan pintu..bila bawak gi balai polis (time tu ingatkan nak bantu polis dpt cap jari), tapi polis soh bawak balik je, belek pun tak..sbb katanya takde barang hilang dlm rumah I..pdahal hari yg sama pencuri tu masuk rumah jiran I juga, dpt curi barang dalam tu..
Quote mizzmimi 17-7-2022 11:18 PM
Kat malaya ni kalau kena samun, rompak, curi ke.. selagi tak mati or cedera parah, memang jadik statistik jenayah ajelah kes kau.. or vvvip..
Quote Potpouri 17-7-2022 11:27 PM
kalau penjenayah takda rekod lampau boleh kesan ke?
Quote zarulnazmi 18-7-2022 04:27 AM
Betul-betul CSI

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.129454 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top