CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Respons, Rizal Van Geyzel Dan Siti Amira Tak Nak Jumpa Yadim?

17-7-2022 09:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2004| Komen: 12

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) masih lagi dalam proses menghubungi pihak pemilik kelab komedi Crackhouse, Rizal Van Geyzel dan wanita yang didakwa menghina Islam, Siti Amira Natasha Abdullah.


Yang Dipertua Yadim, Nasrudin Hassan berkata, kedua-dua pihak individu tersebut masih belum dapat dihubungi dan belum diketahui lagi mengenai status mereka.

“Kita sudah cuba menghubungi mereka beberapa hari yang lalu, tetapi masih belum dapat respons lagi. Kita pun belum tahu bagaimana status mereka, jadi kita masih mencari ruang untuk berjumpa,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.



Ulas beliau, pihaknya akan terus cuba menghubungi mereka bagi membincangkan mengenai isu tersebut.

“Pertemuan itu bermaksud untuk kita memberikan penjelasan tentang apa sebenarnya Islam, memberi penjelasan mengenai perbuatan mereka yang merupakan satu kesalahan dalam ajaran Islam dan tak sepatutnya dilakukan.

“Kemudiannya mungkin kita akan melihat apa sebenarnya masalah yang dihadapi oleh mereka sehingga mereka sewenang-wenangnya menjadikan Islam sebagai bahan jenaka,” ujarnya.

Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan wanita itu membuka pakaiannya di hadapan penonton selepas mengaku seorang Muslim dan menghafal 15 juzuk al-Quran.

Siti Amira, 28, dan teman lelakinya yang berkongsi rakaman video itu telah didakwa di mahkamah selain Rizal, 39, turut ditahan susulan penularan tiga klip video didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan di kelab komedi tersebut.

Pada Jumaat, Yadim berhasrat untuk bertemu dengan Rizal dan Siti Amira.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 17-7-2022 10:01 PM
Emm mulalaa semua pihak mai.. yadimla pas pis pusla semboyanlaa..
Quote Solokkk 17-7-2022 10:02 PM
Buang masa dan tenaga.
Quote Samerosie 17-7-2022 10:03 PM
Si mira tu kan dlm penjara kau pergi je la sana.  Bte, kalau org tak mo jumpa tak payah le paksa or hassle2.
Quote Samerosie 17-7-2022 10:04 PM
Bte??? Btw.  Teruk juga typo i9ls selevel dino dah
Quote sukacactus 17-7-2022 11:21 PM
Masing2 dah besar pjg
Bknnya xtau dosa pahala pun
Quote Shayang 17-7-2022 11:48 PM
Nak jumpa wat pe? Kalau nak derma, transfer je  kat no acc yg tertera.
Kalau nak berceramah lupakan je, baik suh dorang tgk cite mat kilau je. Sama je mcm dengar ceramah juga.
Quote bulalof 18-7-2022 09:26 AM
terang2 dua ekor ni non practising Muslims.
Quote twins 18-7-2022 09:33 AM
si Reyzal ni tak nak ngaku dia melayu pun... dia bangga benau dengan keturunan bapak dia yg dia rasa Belanda sangat tu... walhal dah 50-50 pun.. Belanda + Cina.   Dalam dok perasan kokesen tu aku tengok tak der pun muka mat saleh.... sekali pandang mcm mamak pun ader.....
Quote jalfa 18-7-2022 09:40 AM
X yah sebuk la..depa tu sek dr dr 1 sam ting 5 belajar agama.masuk itm si rizal tu kena ambik juga beberapa sub agama.so ilmu dah ada da...biar diorg mereput dlm penjara..x yah jd hero
Quote cikatilia 18-7-2022 09:58 AM
van geyzel who?
Quote Zezo 18-7-2022 10:07 AM
Start la kroni2 parti politik dgn isu macam ni. Tiber penuh je isu2 mcm ni.
Quote mizruncing 18-7-2022 11:13 AM
semak dah semua nk bukak topik  ni. jumpa itu la ini la.. dah jd hot issue baru semua nampak buat keje.  

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.049663 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top