CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dibunuh Dengan Tukul Besi Lepas Anak Percaya Ibu Dirasuk Syaitan

17-7-2022 09:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1102| Komen: 2

Seorang wanita di Bandar Raya New York, Amerika Syarikat didakwa membunuh ibunya menggunakan tukul besi kerana percaya mangsa telah dirasuk syaitan, lapor akhbar New York Post semalam. 


Suspek, Charlene Novoa, 26, ditahan pada pukul 2 pagi (waktu tempatan) semalam, kata polis.


Charlene Novoa, 26, telah ditangkap dan didakwa atas kematian ibunya Silma Garcia. – Robert Mecea

Dia kini melakukan pembunuhan dalam apa yang disifatkan Jabatan Polis New York (NYPD) sebagai kematian yang mencurigakan.

Mangsa, Silma Garcia, 66, ditemui di bawah katilnya di sebuah bangunan pangsapuri di Bronx kelmarin, kata polis.


Polis yang bergegas ke rumah mangsa menemui sebuah unit apartmen dalam keadaan kotor dan bersepah dengan sampah, kata sumber.

Apabila detektif menyoal siasat Novoa, mereka melihat kesan calar pada tangan dan mukanya dengan suspek mendakwa dia melakukannya sendiri, kata sumber tersebut.

Suspek memberitahu polis bahawa dia memukul ibunya menggunakan suatu alat yang berat.

Anak lelaki mangsa, Marcos yang juga tinggal di apartmen itu berkata, Novoa memberitahunya bahawa dia memukul ibu mereka menggunakan tukul kerana mangsa dirasuk syaitan.

Siasatan awal mendapati mangsa mengalami kesan pukulan pada bahagian kepala dan badan.

Perbicaraan Novoa di Mahkamah Jenayah Bronx akan dilanjutkan pada Sabtu akan datang. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 17-7-2022 09:52 PM
Ke anak yg dirasuk setan?

Quote mizruncing 18-7-2022 11:18 AM
ingat kat malaysia lagi

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.037659 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top