CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Kurang Berlakon, Izreen Azminda Disindir 'Dasar Penyondol Raih Simpati'

17-7-2022 09:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5226| Komen: 37

Baru-baru ini, pelakon Izreen Azminda ada membuat pengakuan bahawa dia sekarang lebih fokus kepada dunia keusahawanan daripada dunia seni lakon.


Menurut Utusan Malaysia, Izreen sekarang enggan lagi terlalu memfokus kepada dunia seni lakon meski mengaku masih ada tawaran yang datang padanya.


Foto: IG Izreen

Fokus utamanya sekarang adalah pada dunia keusahawanan. Baginya, walaupun sudah tidak berlakon sangat sekarang, tetapi dia masih gembira kerana mempunyai perniagaan sendiri.

Menurut Izreen juga, baginya dengan berniaga dia lebih mendapat pulangan kewangan yang lebih berbanding daripada dunia lakonan.


Tambahnya, jikalau terlibat dalam dunia lakonan, bukan selamanya akan berada diatas dan setaip pelakon akan ada fasa naik dan fasa jatuh.


Foto: IG Izreen

“Masa saya berlakon, banyak benda tak mampu nak bayar. Rumahlah, keretalah. Tapi bila dah berniaga sekarang, semuanya dah selesai. Saya pun rasa lega dan tenang sekarang. Banyak yang Allah bagi nikmat itu dan kuncinya adalah sabar.

“Dulu, kalau orang kata pasal sabar, saya umpama tak percaya. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Bila Allah bagi saya rasa nikmat kesabaran itu, serius, saya baru faham akan keajaibannya.

“Berganda Allah bagi. Tapi ingat, kuncinya kena sabar, usaha dan tawakal,” katanya.

Perkongsian tersebut telah dikongsikan di Facebook milik Utusan Malaysia. Melihat diruangan komen, ramai netizen yang memberikan respon terhadap perkongsian tersebut.


Foto: Murai

Namun, dalam banyak-banyak komen negatif ada segelintir netizen yang mengucapkan tahniah di atas kejayaan Izreen dalam menceburi bidang keusahawanan.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote likilu 17-7-2022 09:49 PM
Past is past lah. Jangan jadi syaitan yang kepanasan tengok orang Bina masjid sentiasa nak bagi bisikan sampai orang tu runtuh rumahtangga baru bersorak

Gittew acik sound acik yang lain. Ye la, ke korang nak lelaki macam tu nak test market jugak? Biarlah dia jaga kat rumah diam diam, ex pun dapat peluang bahagia yang baru dah pun, jalan cerita diorang berempat susah sikit tapi ada lah pahala buat yang sabar. Dosa pun ada untuk orang yg selalu keji Dan Hina xterima takdir
Quote Sonneblume 17-7-2022 09:53 PM
Tak pyh la buka benang surirumah ni. Dengar nama dia pun dah menyampah. Belum lg tengok muka dia dlm tv. Tolong jgn keluar tv ek. Penyondol!
Quote kitmal 17-7-2022 09:57 PM
dah lama dah menyondol ni,. semua dah move dan new life dah..netizen ni cukup cukup lah
Quote ladybugz 17-7-2022 09:57 PM
i think it is about time this girl to just focus on herself n raising her family. dekat2 kanla diri dgn agama dan jauhkan la dari duk bagi mcm2 statement to the media. no need.
Quote ashilalat 17-7-2022 10:28 PM
Niaga je la..x payah berlakon. Dah kalau dia pon kata niaga lg banyak hasil nya. Org pon x nak tgk dah kau berlakon
Quote royaldanish 17-7-2022 10:57 PM
Pas ni wartawan tak yah cover lagi pasal dia. Dia berniaga skrg duit banyak sebab niaga bukan sebab belakon. Kiranya dia dh bukan artist. Ok sekian
Quote nakkomenjugak 18-7-2022 12:37 AM
Sukurrrr
nyah laaa dikau masuk ke gua kembali
Quote anggeriklatifah 18-7-2022 12:50 AM
Permpuan ni niaga apa
Quote umbut 18-7-2022 08:18 AM
Ok. Boleh masuk kuburan jgn bgn2 lagi. Nyah kau dari porem.
Quote shida81 18-7-2022 10:51 AM
dia nk test market tu.. nk tgk reaction netizen.. klu senyap je... sok lusa nampak la muka dia dlm tv ...
Quote ReginaGeorge 18-7-2022 12:12 PM
Pelakon lain yg kurang pendapatan tu boleh la belajar berniaga dgn jering.
Quote awex^returns 18-7-2022 12:22 PM

produk timbang kilo
join venture ngan company mana tah
tapi claim co-founder

sila lah berambus meniaga sana pon
ko berlakon bukan best pon

Quote awex^returns 18-7-2022 12:24 PM
shida81 replied at 18-7-2022 10:51 AM
dia nk test market tu.. nk tgk reaction netizen.. klu senyap je... sok lusa nampak la muka dia dlm t ...

tak yah nak test lah, dia ingat orang senyap sebab sokong dia
nanti dia bengang dia buat acah² laki dia post pulak
bagitau ada orang kecam anak dia lah apa
nak attention
walhal takde orang peduli pon kat dia dah

dah tau meniaga lagi untung berambus je lah tak yah nak menempel kat wartawan
taulah wartawan tu kawan baik ko
Quote Lily_Elizabeth_ 18-7-2022 12:26 PM
Lawa lawa anak anak.dia.
Muka comey comey baby boy.
Quote princessmiang 18-7-2022 01:40 PM
See ade dah acik2 porom yg dah suruh move on berkat kesabaran suri rumah
Quote brunesss 18-7-2022 01:47 PM
sorey aku tak kan tengok tv kalau ada muka menyondol termashyur ni, juga kalau dia jual produk aku tak kan beli jadah haram. kalau dapat free pun aku buang je okkk
Quote Madel 18-7-2022 01:49 PM
Baru kabor kurang berlakon dah kena kecam mcm gini
Esok2 klau ada rumor rumahtangga tu bergolak, lagi teruk berganda2 kena kecam dgn netizen
Dari sekecil zarah smpi sebesor gajah perangai org dicerca cela
netizen ni mcm singa lapor menunggu nak ngap aje
Quote epal_putih 18-7-2022 01:51 PM
Mujur tak pernah minat
Quote zamzam 18-7-2022 02:23 PM
Cleocatra replied at 18-7-2022 11:08 AM
Aku baru habis marathon tengok drama Tentang Dhia. Dalam drama tu, achik jering kulit ori kusam deng ...

Citer ttg dhia mmg best ada adi putra dgn nora. Sedih sgt citer tu. Izreen berlakun sgt best dan berkesan.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.052052 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top