CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berjuta Rakyat Indonesia Tak Subur

17-7-2022 09:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1345| Komen: 4

Presiden Pengarah Morula IVF Indonesia, Dr. Ivan Rizal Sini mendedahkan bahawa sekitar 10 peratus daripada 40 juta populasi yang inginkan cahaya mata di Indonesia mengalami masalah ketidaksuburan atau sukar hamil, lapor laman berita Kompas kelmarin.


“Di Indonesia, daripada po­pulasi berpotensi melahirkan anak yang mencapai 40 juta, ada sekitar empat juta mengalami masalah tidak subur.


Sekitar 10 peratus atau empat juta penduduk Indonesia berdepan masalah ketidaksuburan disebabkan pelbagai faktor. - Detik

“Bagaimanapun, dengan bantuan teknologi moden, berbagai masalah ketidaksuburan ini adalah lebih mudah untuk diatasi dengan syarat, setiap pasangan rajin melakukan pemeriksaan kesihatan,” ujar Rizal.


Terdapat banyak punca yang menyebabkan ketidaksuburan seseorang individu baik lelaki mahupun wanita.

“Punca wanita tidak subur boleh disebabkan oleh saluran falopian yang tersumbat atau ketumbuhan yang berada di dalam rahim.

“Sementara itu, bagi lelaki pula, ia didorong kuantiti sel sperma yang rendah dan gaya hidup tidak sihat seperti mero­kok dan tabiat minum minuman keras,” katanya.

Ivan memaklumkan bahawa Morula IVF Indonesia membantu golongan berusia mendapatkan zuriat menerusi kaedah perse­nyawaan tabung uji dikenali sebagai invitro atau IVF.

Menurutnya, Morula IVF telah membantu 90,000 pasangan di Indonesia dengan tahap kehamilan tertinggi hingga 72 peratus. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 17-7-2022 09:55 PM
Yang beranak kat spital gomen di Malaysia dan tinggalkan baby, tak bayar bil hospital tu, terlebih subur kot?


Quote tikusmontok 18-7-2022 03:00 PM
Sib baik friska caras laki msia...merasa gak beranak
Quote Kak-Rohana 18-7-2022 03:16 PM
Friska subur jamu buat sendiri ka?
Quote shernazz 18-7-2022 06:46 PM
Kasi kurang sikit populasi indon ka mcmana?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.126405 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top