Alami keletihan melampau, pelakon, Adam Lee terpaksa ditahan di sebuah pusat perubatan di ibu negara untuk menerima rawatan susulan selain diminta untuk berehat.
Menerusi laporan mStar, pemilik nama lengkap Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 28, itu berkata, dia mulai berasa tak sedap badan sejak lima hari lalu sebelum memutuskan untuk membuat pemeriksaan di sebuah klinik kerana menyangka dirinya terkena demam denggi.
"Selepas beberapa har badan rasa tak sedap, saya pergi klinik untuk lakukan pemeriksaan sebab bimbang terkena jangkitan denggi tapi doktor suruh saya ke hospital untuk rawatan lanjut.
"Apabila lakukan pemeriksaan di hospital, doktor beritahu saya mengalami kepenatan dan badan saya lemah., perlukan rehat. Buat masa ini tidak diberikan sebarang ubat cuma masuk air sahaja.
"Doktor nasihatkan agar saya dapatkan rehat secukupnya sebelum kembali bekerja," katanya ketika dihubungi oleh wartawan mStar.
Adam yang sedang menjalani penggambaran drama Bukan Lelaki Terhebat mengakui kurang rehat sejak beberapa bulan lalu kerana jadual kerja yang agak padat.
Walaupun disarankan untuk berehat untuk beberapa hari lagi, Adam bagaimanapun berharap agar dapat kembali ke lokasi penggambaran secepat mungkin bagi melunaskan baki kerja yang belum selesai.
"Rasanya, sejak awal penggambaran dibenarkan semula, saya memang tidak ada masa rehat. Lepas tamat satu drama, saya perlu bersedia untuk ke lokasi projek lain pula.
"Kalau sebelum ini saya dengar berita artis lain masuk hospital sebab penat tapi kali ini saya pula alami situasi sama," katanya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My