CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Britain Digesa Minta Maaf Ambil 185,000 Kanak-kanak Secara Paksa Sebagai Anak Angkat

16-7-2022 11:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1354| Komen: 0

Britain sepatutnya meminta maaf secara rasmi kepada ibu yang belum berkahwin yang terpaksa menyerahkan bayi mereka untuk diambil sebagai anak angkat, menurut laporan rasmi pada Jumaat.


Kira-kira 185,000 kanak-kanak diambil secara paksa sebagai anak angkat antara 1949 dan 1976 di England dan Wales, menurut laporan oleh Jawatankuasa Bersama Hak Asasi Manusia.

Pengerusi jawatankuasa itu, Ahli Parlimen Buruh Harriet Harman berkata, ikatan antara ibu dan bayi "terputus secara kejam" sepanjang tempoh itu.


Gambar hiasan

"Satu-satunya 'jenayah' si ibu ialah mengandung semasa belum berkahwin. 'Hukuman' mereka adalah rahsia dan kesakitan seumur hidup," katanya.


Jawatankuasa itu mengakui "kesalahan besar" yang dilakukan kepada ibu dan anak mereka, kata Harman, sambil menambah: "Sudah tiba masanya untuk kerajaan melakukan perkara yang sama dan mengeluarkan permohonan maaf yang mereka minta.

"Selama beberapa dekad mereka difitnah."

Laporan itu menyatakan bahawa kerajaan Australia mengeluarkan permohonan maaf penting pada 2013 untuk pengambilan anak angkat secara paksa, dan Ireland melakukannya tahun lalu.

Pengguguran dibenarkan di England, Scotland dan Wales pada tahun 1967.

Tetapi selepas itu, wanita menghadapi halangan praktikal seperti bantahan oleh doktor mereka.

Stigma sosial terhadap wanita hamil yang belum berkahwin menjadi sangat membimbangkan.

Seorang wanita memberitahu jawatankuasa itu bahawa dia tidak dapat memberitahu ibu bapanya mengenai kehamilannya dan sebaliknya memilih tinggal bersama saudara.

"Apabila ibunya akhirnya mendapat tahu, dia dicaci sebagai 'barangan rosak, tiada siapa yang akan berkahwin dengannya sekarang, dia telah membawa aib kepada keluarga'," menurut laporan itu.

Sekolah, gereja dan perkhidmatan sosial akan mengarahkan wanita muda yang hamil ke agensi anak angkat, selalunya mengarahkan ibu bapa mereka tanpa berunding dengan wanita itu sendiri.

Di hospital semasa bersalin, sebagai 'hukuman', ubat penahan sakit tidak diberi kepada si ibu dan selepas itu, adakalanya bayi ditarik dari pelukan ibu mereka untuk diserahkan kepada keluarga lain sebagai anak angkat.

"Adakah anda belajar sekarang?" seorang wanita teringat kata-kata doktor yang mengendalikan kelahiran bayinya.

Seorang lagi memberitahu jawatankuasa itu: "Seorang doktor memberitahu saya bahawa saya harus disterilkan kerana saya mesti menjadi seorang nymphomaniac (seseorang yang mempunyai keinginan seksual luar kawalan)."

Laporan itu meminta kaunseling yang lebih khusus untuk individu yang terjejas, dan supaya kerajaan memudahkan mereka yang cuba mengesan ibu atau anak mereka.

Tanpa memohon maaf, seorang jurucakap kerajaan menjawab: "Kami mempunyai simpati yang paling mendalam kepada semua mereka yang terjejas akibat pengambilan anak angkat secara paksa.

"Walaupun kami tidak boleh membatalkan masa lalu, kami sudah mengukuhkan perundangan dan amalan kami untuk dibina berdasarkan empati," katanya sambil menekankan bahawa penjagaan yang lebih baik diberikan hari ini untuk wanita yang terjejas.

Tetapi penyokong kempen menentang pengambilan anak angkat secara paksa memberi amaran bahawa amalan itu masih berleluasa hari ini, dengan UK mempunyai salah satu kadar tertinggi global kanak-kanak yang diberi kepada keluarga lain bertentangan dengan kehendak ibu bapa, terutama selepas kelahiran.

Di bawah undang-undang UK, ibu yang mengalami masalah kesihatan mental atau mangsa penderaan rumah tangga berisiko kehilangan anak mereka.

Lebih 1,000 kanak-kanak telah diambil dari ibu mereka setiap tahun pada abad ini, menurut perangkaan kerajaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.041763 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top