CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Mati Dijerut Bukan Mangsa Dera

16-7-2022 11:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2104| Komen: 2

Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang ditemukan mati dengan kesan jerut di leher dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Bukit Tropika, Yong Peng di sini, Khamis lepas didapati bukan mangsa penderaan.


Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan tidak mempunyai kecederaan lampau pada badannya.



"Tiada tanda-tanda mangsa mengalami penderaan kerana tidak mempunyai kesan kecederaan lampau di tubuh badannya," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan, punca kematian kanak-kanak itu adalah akibat dijerut di lehernya.


Katanya, kes berkenaan masih dalam siasatan.

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dilaporkan berkata, polis menerima maklumat awam mengenai kejadian itu pada 4.55 petang Khamis sebelum menahan ibu mangsa berusia 34 tahun bagi membantu siasatan. 


Sumber: Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 17-7-2022 12:14 AM
Flag_of_Johor.svg.png
Quote Belibis 17-7-2022 05:26 PM
Dah itu la deraannya..pertama dan terakhir dera,termati terus.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.877601 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top