Penjawat awam di Filipina diarahkan untuk memberi senyuman sepanjang waktu bekerja atau berdepan risiko didenda. Langkah itu sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan tahap perkhidmatan disediakan kerajaan tempatan.
Aristotle Aguirre memperkenalkan ‘polisi senyum’ pada bulan ini selepas mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Mulanay di wilayah Quezon. “Polisi ini mesti diguna pakai ketika berkhidmat kepada rakyat untuk memberi keikhlasan dengan menunjukkan perasaan tenang dan suasana mesra,” demikian menurut arahan eksekutif itu.
Katanya, langkah itu sebagai tindak balas terhadap aduan penduduk tempatan. Kebanyakan mereka yang bekerja sebagai petani dan nelayan mengadu tentang layanan tidak mesra kakitangan majlis perbandaran setiap kali mereka pergi membayar cukai atau mendapatkan bantuan. Sesetengah mereka akan berjalan kaki selama sejam dari kampung terpencil bagi tujuan tersebut. “Apabila mereka tiba, mereka kecewa dengan sikap kakitangan yang berurusan dengan mereka,” kata Aguirre. Kakitangan yang tidak mematuhi arahan itu boleh didenda bersamaan gaji enam bulan atau digantung kerja. Sumber: Kosmo
|
chinta89 replied at 17-7-2022 09:23 AM
kat Malaysia ni pun ramai buat muka sengkek kat org kampung yg dtg berurusan di jabatan2 kerajaan..
chinta89 replied at 17-7-2022 01:23 AM
kat Malaysia ni pun ramai buat muka sengkek kat org kampung yg dtg berurusan di jabatan2 kerajaan..
ADVERTISEMENT