Polis mengesahkan dakwaan lelaki warga emas cuba berkelakuan tidak senonoh terhadap kanak-kanak perempuan seperti tular dalam laman Facebook sejak semalam, tidak benar.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, ia susulan dua laporan polis yang dibuat suspek sendiri untuk menafikan dakwaan tersebut selain siasatan lanjut yang dijalankan polis. “Hasil siasatan mendapati lelaki warga tempatan itu berusia 80 tahun dan tinggal di Taman Semilang, Seberang Jaya. “Keterangan lanjut daripada saksi-saksi kemudian mengesahkan suspek nyanyuk dan tidak boleh berkomunikasi dengan baik selain tinggal di taman (perumahan) yang sama dengan kanak-kanak terbabit,” katanya di sini hari ini. Terdahulu, hantaran yang tular melalui laman Facebook Seberang Jaya/Seberang Perai sejak semalam itu mendakwa, terdapat seorang lelaki yang dikatakan berkelakuan tidak senonoh terhadap kanak-kanak perempuan. Dalam hantaran tersebut, penulis mendakwa suspek memegang bahagian dada dan kemaluan mangsa selain menasihatkan semua pihak berhati-hati dengan lelaki tersebut yang menjadikan kanak-kanak sebagai mangsanya. Sementara itu Cheng San berkata, ibu kepada kanak-kanak berkenaan juga telah diambil keterangan dan wanita tersebut memaklumkan lelaki berkenaan dianggap sebagai ahli keluarganya. Katanya, wanita itu juga mengesahkan perkara yang tular itu tidak benar dan menafikan suspek melakukan perkara tidak senonoh terhadap anaknya. “Sehubungan itu, polis menasihati orang ramai supaya tidak terus menularkan perkara ini kerana boleh menyebabkan kekeliruan dan kegelisahan kepada masyarakat khususnya yang tinggal di Seberang Jaya. “Tindakan ‘viral’ (menularkan) sesuatu maklumat daripada sumber yang tidak sahih dan sah merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya. Sumber: UTUSAN
|
sharlenetexas replied at 16-7-2022 11:52 PM
Mmg lah nyanyuk tapi nafsu tak nyanyuk.
AcikBuncit replied at 17-7-2022 12:47 PM
Gmbr punyela jelas tgn dok kat celah tu. Ngn rapatnye cmtu. Ntah apa la dia ckp kt bdk tu.. Nyanyuk ...
ezacbee replied at 17-7-2022 11:22 AM
Umo dah 80thn tapi tangan dok menjalar ke peha budak ni. Nyanyuk ke?
Lepas ni ramai la pesala ...
orangbiasaje replied at 17-7-2022 12:45 AM
Apa budak tu cakap? Mak bukak mulut, oeg keliling bukak mulut. Nak tau apa budak tu cakap, harap dal ...
hareeeesah replied at 16-7-2022 11:45 PM
Aiyooo habis apa je korang buat? Biarkan lagi same thing happen just sbb org tu nyanyuk? Ish…
ADVERTISEMENT