CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Air Mata Kucing Penghilang Dahaga Yang Berkhasiat

11-8-2015 06:22 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 53911| Komen: 45

Oleh Fyruz Hanna

Selalu kita beli air mata kucing di pasar malam. Lagi sedap jika cuaca panas-panas dan ditambah dengan buah mata kucing yang ada, sedapnya.

Sebenarnya tidak la sesusah mana nak buat sendiri air mata kucing, cuma kamu perlu dapatkan buah mata kucing kering.

Bahan:


1 paket Buah mata kucing 
1/2 paket gula melaka
Gula pasir (optional)
Daun pandan


Cara penyediaan
1. Basuh buah mata kucing tersebut dan rebus didalam periuk bersama daun pandan.
2. Setelah buah tersebut kembang, masukkan gula melaka
3. Rasa sedikit, jika kurang manis, tambah dengan gula pasir.
4. Siap untuk dihidang.

Nota: Buah mata kucing dikenali sebagai 'dragon eyes' jadi jika berkunjung ke kedai herba cina, anda boleh memesan ini.

 
24

Bagus
21

Marah
10

Terkejut
14

Sedih
9

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sunshine05 18-9-2006 11:24 AM
dulu pernah buat air mata kucing ni, kawan yg ajar. tapi buat mata kucing tu kawan saya tolong belikan kat Chowkit. saya sendiri tak tahu kedai dia kat mana...
cara dia buat, basuh dulu buah mata kucing yang kering tu , pas tu rebus buah mata kucing tu sampai kembang masukkan jugak daun pandan, dalam masa yang sama, masak jugak air gula melaka/gula merah campur sikit ngan gula pasir sampai cair dan biar pekat kejap. Rasa la kemanisan air gula tu dulu. Tapis air gula tu dan masukkan ke dalam air rebusan mata kucing. Biar pekat sikit dan sejukkan. Bila nak minum air tu, senduk la masuk dalam gelas, kalau rasa manis sangat, tambah je air masak...
lama dah tak minum buah mata kucing nih. ..

[archived]

[ Last edited by  nhuda at 10-4-2007 05:54 PM ]
Quote ciku_nunu 18-9-2006 11:24 AM
kat kedai cina biasanya ada jual buah mata kucing kering. rendam ngan air panas. agak2 dah kuar pati dia, campur je ngan air gula. siap!!!
Quote long 18-9-2006 11:25 AM
lara...

yg long selalu buat air longan..ada org kata air mata kucing..tak tau ler sama ke tidak!
kalau air longan tu senang jek..lara beli dried longan..kat kedai cina sengseh banyak jual nih..
dried longan segenggam penuh.(basuh).+  7 - 8 litre air..rebus sampai longan tu kembang..+ gula (ikut suka) + daun pandan..

[archived]

[ Last edited by  nhuda at 10-4-2007 06:05 PM ]
Quote sunshine05 18-9-2006 11:26 AM
ciku, kat kedai cina mana ada jual nih?..kedai runcit ke?
Quote ciku_nunu 18-9-2006 11:31 AM
kedai ubat cina...

sebut pasal mata kucing ni, kalau dalam english panggil pe ek? teringin lak... sedap tul tul kalau minum time bukak posa.. kat sini ada kedai ubat cina tu, tapi eden tak tau english panggil pe.. takkan nak cakap "cat eye?"..
Quote shidaaziz 18-9-2006 11:51 AM
haah beli kat singsei atau kedai ubat cina

tapi sekarang ni kat JJ pun ada jugak.
Quote awizz 18-9-2006 11:56 AM
Family saya selalu buat air mata kucing kalau ada kenduri kendara. Kami guna buah mata kucing yang dah dikeringkan then masak ler buah tu dengan air panas/air gula.
Quote EMMA78 18-9-2006 12:05 PM
Originally posted by ciku_nunu at 18-9-2006 11:31 AM
kedai ubat cina...

sebut pasal mata kucing ni, kalau dalam english panggil pe ek? teringin lak... sedap tul tul kalau minum time bukak posa.. kat sini ada kedai ubat cina tu, tapi eden tak tau  ...

sian nunu ;)
me dulu2 slalu ler dok merebus mata kucing (hok kering) nie :ah: buat menega kat pasar ramadhan rendam dulu bg kembang sket besa nya, pastu br rebus... cuba tanya Longan ler...
nie yg me jumpa pasai mata kucing nie...


longan or ?? is literally "dragon's eyes" in Chinese.

Edited to add: The chief ingredient in air mata kucing is extract of Luo Han Guo, a fruit found in southern China
Quote ciku_nunu 18-9-2006 12:10 PM
longan or dragon eye ye?? mmmm.. macih banyak2 la emma.. jasamu sangatla besar...
Quote mesmerize 18-9-2006 01:05 PM
kalo haku beli mata kucing kering ni kat kedai rempah je.. macam kedai2 arab atau mamak yang jual rempah beriani tuh.. sekilo RM10 kot.. tak hingat dah lama tak beli.. kalau buat air mata kucing ni mesti campur ngan gula melaka baru la sedap n lemak sikit rasanya.. kalau campur air gula biasa tak berapa sedap.. memang sejukk je kat tekak kalau minum air mata kucing nih..
Quote Melur01 18-9-2006 04:15 PM
Yang ni favaourite kakmelur... air mata kuching dengan air barli...

yang selalu kakmelur buat...

mata kuching yang kering ...basuh ... bilas sikit je
gula batu
daun pandan
kakmelur suka masukkan sejenis buah ni...tapi memanglah tak tahu nama buah ni...selalu cakap kat sengseh tu... 'ni satu boss...' , buah ni berbentuk bulat... warna coklat-coklat kehijauan... dah dikeringkan ... dan sangat ringan...cara memilih... jangan beli yang dah pecah... dan nampak seperti ada bulu halus...lebih halus dari bulu roma kita ..maka buah tu jenis kualiti baik... , semasa nak gunakan..ketuk sedikit, dan masukkan ke dalam adunan air bercampur gula batu, pandan, mata kuching dan sedikit gula pasir...

kakmelur masak dalam rice cooker... set untuk porridge....

setelah masak... keluarkan buah coklat kehijauan tu... dah jadi warna hitam... dan boleh simpan dalam freezer... boleh digunakan kembali untuk air mata kuching berikutnya...

sesiapa yang tahu nama buah tu... please inform ye..

[archived]

[ Last edited by  nhuda at 10-4-2007 06:06 PM ]
Quote Lindt 18-9-2006 05:11 PM
Originally posted by ciku_nunu at 18-9-2006 11:31 AM
kedai ubat cina...

sebut pasal mata kucing ni, kalau dalam english panggil pe ek? teringin lak... sedap tul tul kalau minum time bukak posa.. kat sini ada kedai ubat cina tu, tapi eden tak tau  ...



lindt beli kat K4 yg dlm packet, kat bhg rempah2 dlm packet tu.
kalau tak silap label dia tulis mcm Long btau tu...dried longan.
Quote juliajie80 18-9-2006 05:21 PM
saya slalu buat...tp suka campoq dgn buah halwa kundor n buah kurma cina yg kaler merah...rebus sampai semua kembang..campor sket gula batu...gula biasa..gula kabung...

sedap gilerrr...hahaha
Quote ladyvedt 18-9-2006 05:24 PM
pegi je kedai sheng sei cina..cakap je nak buat air mata kucing..nanti dia cdgkan aper nak
letak..
Quote MakTua 18-9-2006 05:33 PM
Assalamualaikum sumer MakTua ahli baru kat sini ingin bagi tau rasanya MakTua penah nampak kat Giant ada jual dalam peket dan yang timbang pun ada.
Quote Melur01 18-9-2006 06:03 PM
Originally posted by MakTua at 18-9-2006 05:33 PM
Assalamualaikum sumer MakTua ahli baru kat sini ingin bagi tau rasanya MakTua penah nampak kat Giant ada jual dalam peket dan yang timbang pun ada.


mualaikumsalam.. maktua... matakucing ni pun ada grednya... yang warna hitam tu grednya kurang sikit..yang coklat cerah tu mahal sikit... sekarang kat carrefour pun ada...

dulu suka beli air mata kucing kat jalan bunga raya kat melaka...
Quote long 18-9-2006 10:58 PM
Originally posted by Melur01 at 18-9-2006 04:15 PM
Yang ni favaourite kakmelur... air mata kuching dengan air barli...

yang selalu kakmelur buat...

mata kuching yang kering ...basuh ... bilas sikit je
gula batu
daun pandan
kakmelur suka m ...


buah kundur ke melor?:nyorok:
Quote long 18-9-2006 11:06 PM
air longan ni (atau mata kucing) ni..boleh buat leng chee kang kalau + dengan bunga kembang semangkok (akceli long pon x pernah nampak ruper asal bunga nih..selalu tengok yg dah kembang), barley rebus, lily bud (yg warna puteh tu..) yg bulat2 puteh tu lupa nama dia..agar2, telor puyuh..red dates.Ish..terliur la plak..

next taim kalau buat...long nak cuba bubuh segala gula.. gula merah.batu dan pasir.macam adik2 sumer dah terai...ha..sure terangkat long nyer leng chee kang hehehehe!
Quote long 18-9-2006 11:10 PM
Originally posted by MakTua at 18-9-2006 05:33 PM
Assalamualaikum sumer MakTua ahli baru kat sini ingin bagi tau rasanya MakTua penah nampak kat Giant ada jual dalam peket dan yang timbang pun ada.


w/salam (terpikir seketika)..takkan nak panggil mak tue...ntah2 long yg lagi banyak tue hahahha...long panggil we lah ye!
selamat berkenalan dari long!

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.294487 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top