CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Panjang Akal Minta Sedekah Untuk Top Up Game

16-7-2022 11:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1100| Komen: 3

Tular klip video di media sosial Indonesia memaparkan seorang budak lelaki meminta derma di jalanan untuk menambah nilai permainan video popular, Free Fire (FF), lapor laman berita Suara.com.


Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @medantalk.


IG Medan Talk

Rakaman itu memaparkan seorang budak lelaki berbaju kelabu dan berkopiah mendekati penunggang motosikal di sebuah persimpangan lampu isyarat.

Sambil membawa sebuah kotak kecil, budak itu meminta derma kepada penunggang wanita berkenaan. Wanita itu kemudian mengajaknya berbual.


“Jadi duit (derma) itu untuk apa, nak buat apa? Tambah nilai apa ini?” tanya penunggang motosikal itu kepada budak lelaki tersebut.

Kanak-kanak itu dengan santainya menjawab bahawa derma yang dia kumpul adalah untuk menambah nilai permainan video Free Fire.

“Bukan disalurkan ke masjid, berdosa,” kata wanita itu.



Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

Ada yang menyalahkan permainan berkenaan, manakala segelintir menegur ibu bapa supaya beri perhatian dan didikan sewajarnya buat anak.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote norawestallen 17-7-2022 06:19 PM
Pandai betul ko dik…
Quote KamikuP 18-7-2022 09:02 AM
Berita caprut
Quote encikWawad 18-7-2022 09:43 AM
jadi pengamen dekkkk bawa balik uwang recehan

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-10-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.034925 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top