CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyampai Berita Berdarah Hidung Semasa Bersiaran Langsung, Profesional Atau Tidak?

15-7-2022 11:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2692| Komen: 10

Seorang penyampai berita di China tular di negara itu setelah mengalami pendarahan hidung semasa bersiaran langsung, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Dalam klip video yang tersebar di platform media sosial Weibo, darah kelihatan mengalir keluar dari hidung penyampai berita saluran televisyen Suzhou TV, Huang Xinqi. 


Foto: The Sun/Suzhou TV

Walaupun darah mengalir hingga ke mulutnya, Xingi terus membaca berita dengan tenang dan langsung tidak gementar, lapor akhbar South China Morning Post.

Selepas tamat siaran, Xingi berkata, fikirannya ketika itu adalah hanya untuk menyelesaikan tugasnya. 


Netizen di media sosial berbeza pendapat mengenai kejadian itu dengan sebilangan pengguna memuji sikap profesional Xingi.

Pengguna lain pula bertanya mengapa Xingi tidak berhenti untuk mendapatkan pertolongan cemas dan sama ada kejadian itu mempunyai kaitan dengan situasi pekerjaannya.

“Saya tidak melihat sebarang sikap profesionalisme. Adakah sukar untuk kamera memfokuskan rakan sekerja wanitanya? Dia tidak berada di sana sendirian,” komen seorang netizen. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 16-7-2022 12:07 AM
dulu masa belasan tahun, iols selalu kena hidung berdarah gini secara tetiba. Orang jawa sebut mimisen. Sekarang setahun sekali gitu kot, atau takda. Dia keluar laju tetiba macam hingus yang cair, so kita ingatkan hingus, sekali tu habis baju penuh darah
Quote I.K.A888990 16-7-2022 02:45 AM
buatnya pengsan pas berdarah tu
nasibla xde benda jadi
Quote gideoncross 16-7-2022 06:44 AM
hyie replied at 16-7-2022 12:07 AM
dulu masa belasan tahun, iols selalu kena hidung berdarah gini secara tetiba. Orang jawa sebut mimis ...

Aiol msa Drjh 6 & Form 3, mudah trkena nosebleed gini. Sma mcm uol, iol pun trfikir bnda tu hingus, tahu2 nah ko, bloody stu muka & bju lol.
Quote mbhcsf 16-7-2022 08:13 AM
wow , situasi ni seakan akan macam citer Anchor Woman tv3 zaman 1999 dulu kot. Suami that anchor Lady meninggal dan dibacakan berita kemalangan suamninya. wow lah , i think dalam studio tu penerbit pun ade. semua boleh take a break ganti baca, kesian lah. ini  bukan sdisengajakan...
Quote Kurex 16-7-2022 08:49 AM
Macam cerita Drag Me To Hell
Quote green~tea 16-7-2022 08:53 AM
Musim panas kot eh skang...

Iols dulu skolah rendah pernah laa berdarah hidung 2X sbb musim panas kemarau.... lepas tu kerap minum air kosong tak de pape dah la sampai skang
Quote Artemesiaa 16-7-2022 10:50 AM
Mesti dia rasa segan tengah live pulak tu
Quote AcikBuncit 16-7-2022 11:46 AM
Kot ye pun bagila tisu lap darah tu..
Quote zorrro_03 16-7-2022 12:11 PM
stage manager aka penerbit tido ke?  
Quote Supersirap 16-7-2022 12:41 PM
Time sekolah rendah rajin kena hidung berdarah

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.044147 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top