CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Komuniti Oku Perlu Guna Pengangkutan Awam Supaya Kemudahan Dapat Ditambah Baik

15-7-2022 11:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 892| Komen: 3

Komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) diseru untuk menggunakan pengangkutan awam dengan lebih banyak agar pihak bertanggungjawab dapat menambah baik keperluan golongan itu.


Presiden OKU Sentral Datuk Ras Adiba Radzi berkata ini kerana jika komuniti OKU banyak menggunakan pengangkutan awam, mereka dapat memberi maklum balas untuk penambahbaikan bagi keselesaan golongan tersebut.


IG Ras

"Jadi OKU disarankan untuk keluar dan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam ini supaya mereka dapat tahu apa yang mereka perlu untuk penambahbaikan," katanya kepada media semasa tinjauan kemudahan OKU di Mass Rapid Transit (MRT) stesen Kampung Batu dan stesen Sri Damansara.


Beliau berkata adalah penting untuk menguar-uarkan kepada komuniti OKU bahawa terdapat pelbagai kemudahan mesra OKU di kawasan pengangkutan awam seperti lif, laluan taktil untuk OKU penglihatan, 'Automatic Platform Gates' (APG) yang lebih lebar untuk keselesaan mereka yang berkerusi roda, kaunter khas bantuan OKU, butang talian bantuan berdekatan lif, tempat letak kereta untuk pemandu OKU serta tempat 'drop off' kereta.

Selain itu, katanya terdapat juga bas yang mempunyai kemudahan tanjakan untuk keselesaan mereka yang berkerusi roda dan tali pinggang keselamatan dalam keretapi khususnya pengguna MRT.

Ras Adiba berkata walaupun terdapat kemudahan untuk keselesaan komuniti OKU, namun kemudahan tersebut sering disalah guna pihak yang tidak bertanggungjawab.

Katanya bagi mengatasi masalah salah guna tempat letak kereta OKU, beliau mencadangkan supaya denda yang tinggi dikenakan.

"Contohnya kenderaan akan di kunci dan juga mengenakan denda yang tinggi iaitu RM500, kerana kalau sekadar RM50 semua orang boleh bayar," katanya.

Sementara itu, seorang pengguna pengangkutan awam Nur Izhar Idham, 36, yang menggunakan kerusi roda kerana lumpuh akibat kemalangan jalan raya 18 tahun lalu, berkata kemudahan yang disediakan pengangkutan awam di stesen itu sangat selesa, efisien dan banyak membantu memudahkan urusan hariannya.


Ras Adiba ketika meninjau kemudahan OKU di Mass Rapid Transit (MRT) stesen Kampung Batu dan stesen Sri Damansara. FOTO BERNAMA

Beliau bagaimanapun berkata ada juga sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang menyukarkannya serta komuniti OKU yang lain, untuk menikmati kemudahan tersebut.

"Saya minta kalau boleh pihak yang bertanggungjawab untuk sentiasa melakukan penambahbaikan dan pemantauan yang berjadual, supaya semua fasiliti yang disediakan dalam keadaan baik dan selesa," kata kerani di sebuah bank di sini.

Bagi bekas atlet para boling negara Ahmad Amil Husin, 56, yang menghidap penyakit polio juga mempunyai pendapat yang sama dan berharap pihak bertanggungjawab memberi perhatian dan pemantauan yang sepenuhnya kepada kemudahan OKU, kerana banyak kemudahan itu disalah guna pihak lain.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orenn1 15-7-2022 11:38 PM
Sepatutnya kjaan kena sediakan semua kemuadahan n prasarana utk semua golongan masarakat, sbb tu perlu pemimpin yg pandai2 yg boleh cross work antara kementerian supaya semua program/project rakyat memenuhi standard semua kementerian supaya kebajikan semua lapisan masarakat terjaga. Malangnya kat misa ni slow bab2 gini sbb pemimpin tua2 nak mamposs asyik main politik takde genuine interest utk focus pd service utk rakyat
Quote nuryakmal 16-7-2022 12:14 PM
Nak pg stesen komuter, lrt pun nak kena naik bas. Kekerapan bas pun tak terjaga. Bus stand pun jauh dari radius kediaman.

You betulkan dulu town planning.
Quote shernazz 16-7-2022 12:16 PM
Tapi star lrt ada kemudahan tak?
Dolu takdak ..putra je yang lengka0

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.077959 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top