“Mengarut je (sahaja) jamu semua ni, aku dah cuba minum. Konon bertenaga sangat, bertambah lemah lagi ada lah! Pahit.”
Itu komen pengguna di aplikasi TikTok menerusi hantaran video dimuat naik pelakon dan usahawan Tya Arifin yang berkongsi dirinya masih muat mengenakan baju kebaya empat tahun lalu selain kekal bertenaga selepas bersalin anak kedua. Menerusi video itu, Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari, 28, berkongsi semua itu berkat amalan turun temurun dengan mengamalkan meminum jamu termasuk produk diusahakan iaitu jamu Mutyara. Tya berkata, dia tidak pernah terasa hati dengan komen atau kritikan kerana percaya masih banyak yang memberikan maklum balas positif selepas menggunakan produk miliknya.
Tya berkata, dia tidak pernah terasa hati dengan komen atau kritikan kerana percaya masih banyak yang memberikan maklum balas positif selepas menggunakan produk miliknya. “Rasanya tidak salah berkongsi apa yang saya buat dan amalkan. Sebab sebelum memulakan perniagaan ini pun ramai bertanya macam mana saya mengekalkan tubuh badan yang bertenaga sepanjang masa. “Satu daripadanya adalah amalan meminum jamu. Itu sebab Mutyara ini dirumus dari resipi turun temurun keluarga saya di Indonesia dengan menggunakan bahan alami dan makanan sunnah. “Sudah tentu saya juga ingin melihat keberkesanan kepada diri sendiri. Sebagai contoh, baju kebaya saya empat tahun lalu masih muat dipakai hari ini. Buktinya seperti yang dikongsikan dalam TikTok dan Instagram. “Bukan itu saja, tahap kesihatan dan kecergasan tubuh juga baik biarpun sekarang sudah ada dua anak. Ditambah pula dengan komitmen kerja, kerjaya dan keluarga memang memerlukan tenaga yang banyak. “Jadi, kalau ada yang kata tak kena minum jamu pada dirinya atau apa saja, mungkin dia menggunakan jamu lain. Saya faham di Malaysia ini ramai juga menyalahgunakan nama jamu dan mengeluarkan produk yang meragukan, tetapi di Indonesia, jamu ini sangat dipercayai dan minuman herba yang bagus untuk wanita. Disebabkan itu saya mengangkat kembali nama jamu dengan menghasilkan produk yang berkualiti tinggi,” katanya. Pada masa sama, menantu tiri kepada penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza itu mengakui sedih apabila terdapat komen yang mempertikaikan produk dihasilkan itu.
|
Tya Arifin yang berkongsi dirinya masih muat mengenakan baju kebaya empat tahun lalu selain kekal bertenaga selepas bersalin anak kedua.
Lily_Elizabeth_ replied at 15-7-2022 11:24 PM
Dia mmg lawa kan. Rugi kawen dgn somi dia yg tembun tu. Sure tak 'kuad' hehe.
Saya faham di Malaysia ini ramai juga menyalahgunakan nama jamu dan mengeluarkan produk yang meragukan, tetapi di Indonesia, jamu ini sangat dipercayai dan minuman herba yang bagus untuk wanita.
Lily_Elizabeth_ replied at 15-7-2022 11:24 PM
Dia mmg lawa kan. Rugi kawen dgn somi dia yg tembun tu. Sure tak 'kuad' hehe.
ADVERTISEMENT