|
Seorang kerani di sebuah syarikat swasta di Kuantan terkejut apabila mendakwa seketul daging korban diterimanya mengandungi kalimah Allah.
Pekerja terbabit, Suzita Sulong, 43, berkata, pada mulanya dia menghiris ketulan daging yang telah direbus di rumahnya di Kampung Chendor untuk dimasak resepi daging asam. Bagaimanapun katanya, ketika hirisan pertama ketulan daging itu, dia terkejut apabila ternampak urat lemak daging terbabit mempunyai kalimah Allah.
“Tiba-tiba saya rasa menggigil dan terus panggil anak lelaki untuk kesahihan apa yang saya nampak. “Anak saya cakap dia pun sama nampak seperti apa yang saya nampak iaitu kalimah Allah pada hirisan daging ini,” katanya hari ini. Suzita berkata, dia juga bersyukur kerana apa dilihatnya itu antara tanda kebesaran Allah dan mudah-mudahan Allah memberikan keberkatan kepada mereka yang menyumbang dengan ikhlas dalam ibadah korban ini. “Daging korban ini adalah pemberian daripada anak saudara. Saya menerima daging ini pada hari raya kedua Aidiladha,” katanya. Beliau berkata, hirisan daging yang mempunyai kalimah Allah itu kini disimpan dalam peti sejuk. “Buat masa ini saya akan terus simpan hirisan daging ini dalam peti sejuk,” katanya. Sumber: UTUSAN ONLINE |
malu nya i baca berita ni. Kalau bbnu ok la, ni mak org dah. Smpai menggigil2.

shernazz replied at 16-7-2022 06:58 AM
Dolu tok iols selambe je..
Ada kalimah ke apa...dia kata benda ni benda makan..udah nampak.tu udah l ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.061267 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.