CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Lemah Punca Kematian Abe - PM Jepun

15-7-2022 11:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1335| Komen: 0

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida menyalahkan kelemahan polis sebagai punca kematian bekas perdana menteri, Shinzo Abe yang ditembak semasa berkempen minggu lalu, lapor akhbar The Maniachi semalam. 


Abe yang merupakan salah seorang ahli politik paling berpe­ngaruh di Jepun, dibunuh pada Jumaat lalu di wilayah Nara, barat Jepun. 


Foto: The Economist

Insiden itu mengejutkan Jepun yang merupakan negara dengan kadar jenayah paling rendah dan kawalan senjata api amat ketat.

Gambar dan rakaman video di lokasi kejadian memaparkan seorang lelaki bersenjata mendekati Abe dari belakang, manakala pengawal-pengawal keselamatan menumpukan perhatian ke arah hadapan.


“Saya fikir terdapat masalah dengan langkah keselamatan,” kata Kishida.

Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan dan Agensi Polis Negara sedang menyiasat kejadian itu dan akan menyusun langkah susulan, kata Kishida.

Sebuah pasukan terdiri daripada pegawai polis tiba di ibu pejabat polis wilayah Nara kelmarin untuk siasatan lanjut.

“Saya menggesa siasatan menyeluruh dilakukan dan membetulkan apa yang perlu diperbaiki di samping mengkaji contoh kawalan keselamatan di negara-negara lain,” katanya.

Kishida turut mengumumkan rancangan mengadakan pengebumian negara untuk Abe pada tahun ini dengan mengambil kira sumbangan besar mendiang kepada negara termasuk meningkatkan pakatan Jepun bersama Amerika Syarikat.


Foto: Reuters

“Dengan mengadakan pengebumian negara sebagai me­ngenang jasa Abe, Jepun mempamerkan keazaman untuk tidak menyerah kalah kepada keganasan dan mempertahankan demokrasi secara tegas.

“Jepun juga akan menunjukkan kepada dunia keazaman untuk mengekalkan semangatnya dan membuka laluan ke arah masa hadapan,” kata Kishida. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.043209 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top