CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siswa Mabuk ‘Rempuh’ Hidangan Majlis Tahlil

15-7-2022 06:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1484| Komen: 2

Seorang penunggang motosikal di Jakarta Selatan ‘merempuh’ hidangan makanan yang disediakan di atas lantai untuk tetamu sebuah majlis tahlil, lapor laman berita Detik hari ini.


Kejadian tersebut berlaku di Jalan Terogong 3, Cilandak Barat dan tular di media sosial. 


Foto: Detik

Penunggang berkenaan dipercayai tidak sengaja bertindak demikian lantaran mabuk ketika kejadian.

Melalui rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 53 saat, tetamu dilihat sedang bersila menghadap makanan sebelum bertempiaran lari apabila motosikal itu meluru masuk di tengah-tengah hidangan.


Ketua masyarakat setempat, Multazam memberitahu, penunggang motosikal itu merupakan seorang pelajar di sebuah universiti swasta di Jagakarsa yang hendak pulang ke rumah selepas mabuk bersama rakan-rakannya.

“Pelajar itu tinggal berjiran dengan rumah yang dirempuh motosikalnya.

“Isu ini telah diselesaikan dengan baik di balai polis. Semua pihak juga sudah saling bermaafan,” jelas Multazam. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 16-7-2022 02:32 PM
Haiyooooo dik, mabuk dah satu hal, kau rempuh makanan org mesjid plk. Semoga guilt trip kau tinggi dek
Quote musangbodoh 16-7-2022 08:26 PM
sepeda motor motosikal

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.042021 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top