Pasangan kekasih yang didakwa atas tuduhan menghina Islam kini memohon dana awam ekoran tidak mampu membayar wang jaminan yang ditetapkan mahkamah.
MalaysiaKini melaporkan peguam R. Sivaraj berkata, Siti Nuramira Abdullah, 26, dan Alexander Navin Vijayachandran, 38, terpaksa menggunakan cara itu ekoran tidak mampu membayar wang jaminan yang tinggi. Sejak Rabu lalu, Sivaraj berkata, pasangan itu hanya berjaya mengumpulkan RM3,000 hasil sumbangan peguam, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam. "Mereka ada simpanan dalam bank, tetapi mereka di penjara, jadi kedua-duanya tidak dapat akses kepada akaun masing-masing.
"Jiran mereka (yang menjadi penjamin) juga tidak dapat buat apa-apa, mereka mahu keluarkan menggunakan kad kredit tapi tidak tahu nombor pin," katanya. Ketika ini, Sivaraj berkata, pihkanya sedang mencari platform sesuai bagi memulangkan semula sumbangan penderma, selepas kes itu selesai. Terdahulu, Siti Amira didakwa di Mahkamah Sesyen Siber Kuala Lumpur atas tuduhan menghina Islam namun mengaku tidak bersalah. Dia didakwa mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan kegusaran dan suasana tidak harmoni di atas alasan-asalan agama, di antara orang-orang yang menganut agama yang sama ketika membuat persembahan komedi berdiri di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur pada 4 Jun lalu. Mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM20,000 terhadap tertuduh dan kes disebut semula pada 18 Ogos depan. Manakala teman lelakinya turut mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya iaitu memuat naik hantaran yang menyakitkan hati di akaun Twitter 'greenleafyconnoiseur' di pautan Instagram dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain. Kesalahan itu dilakukan di Perdana View Condominium, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, Petaling Jaya. Untuk pertuduhan kedua, dia dituduh membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang jelik sifatnya di aplikasi YouTube pada 16 Jun lalu di tempat yang sama dan melakukan kesalahan mengikut seksyen yang sama. Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Alexnder turut dikenakan wang ikat jamin sebanyak RM20,000. Sumber: mStar
|
matbad replied at 15-7-2022 08:47 PM
ada forumer nak lancarkan tabung kilat ka haha
ADVERTISEMENT