CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Tolong Jangan Compare Inai Che Ta Dengan Orang Lain'

15-7-2022 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14379| Komen: 151

Pelakon terkenal Rozita Che Wan menegaskan orang ramai tidak perlu bertelagah dan membuat perbandingan mengenai isu beberapa jenama inai yang dijual selebriti tanah air.


Menurutnya yang mesra disapa sebagai Che Ta, dia mahu para penjual agar berniaga dengan jujur dan tidak perlu mengutuk mahupun mengecam jenama lain.


IG Che Ta

“Rezeki Allah sangat luas buat apa nak gaduh dan sakitkan hati sesama sendiri. Anda pun kalau kek yang besar tu nak makan sorang takkan habis, mesti kena kongsi dengan orang lain.

“Che Ta ialah Che Ta, tolong jangan bandingkan dengan orang lain. Berniagalah dengan cara yang jujur, takkan nampak hebat pun kalau anda asyik kutuk atau jatuhkan orang lain. Setiap rezeki kan sudah tertulis,” katanya dalam satu entri Instagram hari ini.


Tambahnya, bidang perniagaan sangat luas dan tidak seharusnya menjadi rebutan sehingga boleh menjatuhkan orang lain.

“Rezeki untuk dikongsi bukan untuk dibolot seorang. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua,” jelasnya.




Isteri kepada pelakon Zain Saidin itu memberitahu, orang ramai boleh membeli inai jenamanya sekiranya ingin kuku mereka berwarna merah hati yang dijual dengan harga murah.




“Kami tak kacau sesiapa dan inai ini hanya dijual pada harga RM15 sebab mahu semua dapat merasa pakai inai Che Ta,” katanya lagi.

Hantaran tersebut seterusnya mendapat reaksi daripada ramai pihak termasuklah golongan selebriti seperti aktres terkenal, Fazura yang memuji harga mampu milik inai tersebut.

Minggu ini, isu inai menjadi antara bahan bualan hangat apabila ada yang melahirkan rasa kecewa sesetengah jenama inai tidak memberi hasil menarik pada kuku mereka.



Selain Che Ta, selebriti lain yang turut menjual produk sama ialah Neelofa.


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cokoro 15-7-2022 05:21 PM
baru tgk iklan che ta. che ta pulak yg kluarkan purdah eh. ahahaha. dahlah sama pulak tu laki yg pakaikan inai. tapi tak seram mcm yg inai gothic tu lah
Quote fadz84 15-7-2022 05:24 PM
Abis la cheta kena serang ngn benakian nnti..
Quote chocobozhere 15-7-2022 05:25 PM
Hahaha
Pembenak ke tu yang trigger.... Kesian.
Quote Madel 15-7-2022 05:29 PM
Berani ke Jahlop bertekak dgn Che Ta?.
sat nnti kena hamun dgn bahasa utara Che Ta, terus nyorok tepi katil
Quote Pak.dolla 15-7-2022 05:30 PM
Edited by Pak.dolla at 15-7-2022 09:31 AM
fadz84 replied at 15-7-2022 09:24 AM
Abis la cheta kena serang ngn benakian nnti..


.
Benak x kan berani nk serang che ta

Tp idolat benak sejenis busuk hati x bole tgk org lain lebih...idolat mmg kaki gaduh tp gunakan benak utk nmpk soci hahahaha

Licik
Quote lyshafull 15-7-2022 05:31 PM
Alaa yg tambah perasa pun owner innai lain dgn peminat2 nye selama ni ramai je org jual xde lak nk gaduh2
Pahtu skang ramai lak yg pertikaikan mana yg halal mana yg haramm selama xde yg pertikaikan tetiba skang sejak ade yg over claimed semua pertikaikn

Haa lagi satu pasal purdah bukn sorg manusia je pakai purdah ingt termaktun tuk sorg manusia je  …
Haa lagi satu plg bnci tgok komen yg kata kalo dh berpurdah x leh lawa2 then bukk je la purdah tu oiii betulkan niat balik .. kalo rasa x leh tggalkan dunia lagha sebb agama better jadik diri sndiri dri buat fesyen pelik2 okay bye

#sokongcheta
Quote fadz84 15-7-2022 05:33 PM
Edited by fadz84 at 15-7-2022 05:35 PM
Pak.dolla replied at 15-7-2022 05:30 PM
.
Benak x kan berani nk serang che ta



Video penjelasan pasal inai tu pun dh leh nmpk dia jenis cmne.. xleh compete secara sihat.. huhuhu... Kang jgn jd cm omaknya nk pattern daging rimau kat SIRIM..
Quote LadyCarefree 15-7-2022 05:36 PM
Inai bodoh RM15 dikatanya murah. LOL sangat. Serupa konsep todong nipis RM5 jual RM30 bagi agen RM5 konon kongsi rezeki konon biar semua mampu pakai. Retis tetap retis la cari makan atas ketaksuban fanz.
Quote prizadane 15-7-2022 05:38 PM
First time iols rasa che ta ni cerdik. Eh silap, dah lama dia tak tunjuk cerdik. Go che ta go. Tapi lawa purdah che ta… simple n iklan pun nampak clean
Quote boongalalang 15-7-2022 05:40 PM
Suka pakai inai daun tumbuk sendiri je
Quote sharlenetexas 15-7-2022 05:43 PM
Jgn taksub dgn produk artis yg overprice. Lebih baik beli makanan dan barang keperluan.


Quote cintasuraya 15-7-2022 05:51 PM
Kalau ada fans nak beli barang artis

Kualiti ok harga mampu milik lantak pi la

Dari beli brang sama tp harga overprice

Lepas tu qualiti smua hauk

Ko tak nak beli duduk diam2

Tak pyah nak budus kan fans yg beli

Brang artis yg tak overclaim

Quote cintasuraya 15-7-2022 05:52 PM
Iols tengok inai cheta pun viral

Smpai sold out juga
Quote SANKURIANG 15-7-2022 06:06 PM
Bertambah sakit jiwa si jahlop...apa lagi dia k buat ni, nak kasi orang up kan citer dia....Bilal la kot....semua dia nak tapau....tamak, rezeki kan utk dikongsi.....tak sangka lak b8ni pak cetad peel sebegini.
BTW...skrang musim laki pakaikan inai kat kuku bini ke? Tak yah berjubah jubah sangat....cuba buat ala ala santai gitu....
Quote Kacangmanis 15-7-2022 06:47 PM
Teringat masa kecik dulu. Ambik daun inai, tumbuk pastu campur air asam jawa. Kaler jadi merah² gelap camni. Pokok inai tu masih lagi ada dekat dapur rumah nenek tpi tak suka dah berinai sekarang.
Quote mama_cat 15-7-2022 06:49 PM
kawan kami beli. depa kata merah cantik, x mcm inai tersepit jari
Quote Thunderclouds 15-7-2022 07:02 PM
boongalalang replied at 15-7-2022 05:40 PM
Suka pakai inai daun tumbuk sendiri je

Patu campoq nasik sikit,perah ayaq asam & most important jgn bg ayam nengok
Quote MatDeghem 15-7-2022 07:03 PM
Madel replied at 15-7-2022 05:29 PM
Berani ke Jahlop bertekak dgn Che Ta?.
sat nnti kena hamun dgn bahasa utara Che Ta, terus nyo ...

Jah bungkos akan gunakan bala tentera nya ..untuk attack che ta.
Gunakan suara halus nya melalui lobenaks...

Quote 4cupcakes 15-7-2022 07:06 PM
Fazzy pon berani komen kt cheta pny ig.. terima kasih kerana jual harga murah katanyer

Lihat semua komen(151)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.068502 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top