CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pewujudan Jawatan Baru Tak Dibenarkan, Kementerian Diarah Lakukan Penjimatan

15-7-2022 04:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3186| Komen: 28

Semua kementerian, jabatan, agensi, badan berkanun dan syarikat jaminan kerajaan (CLBG) diarah melakukan penjimatan dengan menguruskan aliran tunai mengikut keutamaan, berkuat kuasa serta-merta.


Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan (MOF), Datuk Seri Asri Hamidon menerusi laporan Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam berkata, program dan aktiviti yang dirancang perlu disusun semula dengan sasaran sekurang-kurangnya lima peratus penjimatan daripada baki peruntukan mengurus tahun tahun ini.

"Pastikan tidak membuat trade-off ke atas program dan aktiviti yang memfokuskan kepada kesejahteraan rakyat," katanya dalam dokumen sembilan muka surat yang dikeluarkan pada Jumaat.

Menurutnya, ketidaktentuan ekonomi global serta ketegangan geopolitik antarabangsa mengakibatkan tekanan inflasi tinggi ditambah dengan harga komoditi global dan makanan yang meningkat secara mendadak.


Gambar hiasan

Beliau berkata, pelaksanaan subsidi barangan perlu serta kawalan harga diambil kerajaan bagi mengurangkan impak inflasi dunia kepada negara dan rakyat.

"Peningkatan subsidi sedia ada terutamanya produk petroleum dan minyak masak serta subsidi baharu seperti elektrik dan ayam telah menyumbang kepada peningkatan perbelanjaan kerajaan," katanya.

Asri dalam laporan itu turut menekankan agar pengurusan perjawatan dilaksanakan dengan mengambil kira keutamaan untuk mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan.

"Pelaksanaan satu-satu fungsi kementerian jabatan dan agensi juga perlu dilakukan secara kreatif dan inovatif agar dapat mencapai tahap produktiviti tertinggi berdasarkan sumber manusia sedia ada," katanya.

Ujarnya, pewujudan jawatan baharu adalah tidak dibenarkan kecuali melalui kaedah tukar ganti dan pindah butiran serta tiada implikasi kewangan tambahan.

"Pewujudan jawatan baharu bagi jawatan kritikal yang terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan, kesihatan, keselamatan, penguatkuasaan dan kutipan hasil negara perlu dilaksanakan dengan kawalan ketat," katanya.

Katanya, perbelanjaan bagi kerja lebih masa hendaklah dikawal.

"Ketua jabatan, agensi dan pegawai yang mengarahkan kerja lebih masa hendaklah berpuas hati bahawa ia benar-benar penting untuk disiapkan atau dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan," katanya.

Menurutnya, arahan kerja lebih masa hendaklah dikeluarkan secara bertulis sebelum sesuatu tempoh kerja lebih masa dimulakan.

Beliau berkata, pertukaran pegawai ke luar stesyen turut ditangguhkan kecuali dalam keadaan tertentu yang penting dan mendesak atas kepentingan perkhidmatan.

Selain itu, bagi perjalanan tugas rasmi ke luar negara, ia hanya dibenarkan sekiranya mesyuarat, persidangan atau rundingan berjadual itu telah diluluskan dalam belanjawan tahunan yang memberi impak signifikan kepada kepentingan negara.

Perbendaharaan turut mengehadkan bilangan pegawai yang menyertai tugas rasmi ke luar negara kepada dua orang bagi negara mempunyai pejabat perwakilan Malaysia dan tiga orang bagi negara yang tidak mempunyai pejabat perwakilan.

"Bilangan tersebut termasuklah wakil pejabat menteri atau timbalannya yang mengiringi ketua delegasi," katanya.

Bagi mengawal perbelanjaan pembangunan, projek-projek yang belum dimulakan proses perolehan atau diiklankan hendaklah dikaji semula keutamaannya agar langkah pemulihan seiring dengan pertumbuhan ekonomi yang dijangka pada tahun ini tidak terjejas.

Bagi projek bukan keutamaan yang telah dikenal pasti katanya, ia hendaklah ditangguhkan kecuali mempunyai impak segera kepada kesejahteraan rakyat.

"Namun kementerian, jabatan dan badan-badan berkanun Persekutuan hendaklah meneruskan proses praperolehan yang tiada implikasi kewangan seperti perancangan, membuat reka bentuk, kebenaran merancang, menyelesaikan urusan berkaitan tanah atau tapak projek dan sebagainya," katanya.

Ujarnya, setiap projek di dalam proses pelaksanaan perlu dipantau rapi supaya dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan dan sebarang arahan perubahan (VO) yang mengakibatkan pertambahan kos projek hendaklah dielakkan.

Bagaimanapun beliau memberitahu, sekiranya amat perlu berdasarkan peraturan semasa, VO tersebut perlu ditampung menggunakan penjimatan siling semasa.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 15-7-2022 05:01 PM
Betulkannn...xdee satu ummah pun yg snggup potong gaji sp leh derma dlm bantuan2 kerajaan tuh.
Quote lostnfaun 15-7-2022 05:13 PM
Kerajaan dah takde duit ke nie? Atau prepare bajet utk PRU tahun nie...

So Cuepacs dah boleh lupakan minta bonus @ naik gaji. Hahaha
Quote cmf_premierleag 15-7-2022 05:17 PM
Padan muka makcik2 yg berangan nak anak2 depa join gomen lps grad sbb dah takde new vacancies lg lps ni kat gomen
Quote petpom 15-7-2022 05:19 PM
Tp opis saya masih boleh buat meeting kat hotel. Siap g sabah. Buleh je buat mtg kat opis. Saja nak berjalan. Bawa segerombolan. Tp yg masuk mtg tu bukan semua. Yg lain entah buat apa.
Quote petpom 15-7-2022 05:21 PM
cmf_premierleag replied at 15-7-2022 05:17 PM
Padan muka makcik2 yg berangan nak anak2 depa join gomen lps grad sbb dah takde new vacancies lg lps ...

Vacancy masih ada. Cuma dorg tak boleh nak create post baru. Kalau tempat tu ada peruntukan level 41 utk 100 org. Banyak tu je boleh. Tak leh create lagi perjawatan.
Quote petpom 15-7-2022 05:26 PM
Buat la edaran apa pun, kalau jenis pengurusan yg kaki pusing.. buat apa pun boleh. Ckp x leh buat pembinaan. Nnti dorg tukar tajuk paper proposal. Dpt la kelulusan. Ayat yg dorg akan guna utk pembinaan, dia akan tukar ke perkataan penyelenggaraan...

Sebutharga dpt rm400k utk wiring. Tp sebenarnya siap nak reno opis. Pandai corner. Pandai putar ayat. So dapat la...
Quote musangbodoh 16-7-2022 08:35 PM
baca boleh percaya jgn.....
Quote belilies 16-7-2022 08:54 PM
Pemahaman iols, contohlah mcm nak bukak jawatan warden utk bukan guru tu. Itu kot maksudnya. Bukannya pengambilan baharu. Pastu, kat swk sini jtk di skolah dh dtarik/kumpul kat ppd.
Quote lucky_peace 16-7-2022 10:04 PM
Apa maksud pertukaran ke luar seksyen tu?
Quote renko 16-7-2022 10:09 PM
Termasuk jawatan TPM ke
Quote kitmal 16-7-2022 10:13 PM
kewujudan jawatan baru takda..bagaiman dengan pak menteri yang overbloating tu..minta di kurangkan juga
Quote airmineral 16-7-2022 11:42 PM
lucky_peace: Apa maksud pertukaran ke luar  ...

pertukaran ke luar kawasan kot haha cthnya ke negeri lain agaknya
Quote airmineral 16-7-2022 11:44 PM
da agak da, dlm pada kata hutang negara terkawa mesti dia cerut kantung gomen yg lain. yg terkesan, pengurusan dan projek pembangunan gomen. xnak emphasize ke yg penerbangan kelas ekonomi utk sume gred tu?

dan plis la mansuhkan jwtn tim. menteri. drg tu xde kuasa apa² pun kan..pastu hire ramai² staff baiklah perjwtn drg tu di trade off utk tambah perjawatan staff perubatan.
Quote airmineral 16-7-2022 11:46 PM
cmf_premierleag replied at 15-7-2022 05:17 PM
Padan muka makcik2 yg berangan nak anak2 depa join gomen lps grad sbb dah takde new vacancies lg lps ...

vacancy masih ada sbb existing post mmg tak dipenuhkan, kalau xsilap mmg gomen set pengisian tidak 100% (ada someone mention di twitter dulu xpati sbb apa gitu) cuma xde pertambahan post je.
Quote lucky_peace 17-7-2022 05:58 AM
airmineral replied at 16-7-2022 11:42 PM
pertukaran ke luar kawasan kot haha cthnya ke negeri lain agaknya

Ooo kiranya perpindahan staff la eh?
Quote supernaturalee 17-7-2022 06:33 AM
airmineral replied at 16-7-2022 11:44 PM
da agak da, dlm pada kata hutang negara terkawa mesti dia cerut kantung gomen yg lain. yg terkesan,  ...

Tu lh
Ade yg smpi 2 org plk tu timb nya
Yg die ambik pot kwsn die je
The whole kem tu sekadar payung utk die je
Je je je

Politik2.....

Quote haruslah 17-7-2022 07:38 AM
Jawatan terlalu byk level. Pdhal yg buat keja tetap la gred bwh
Yg atas2 tu masuk meeting makan karipap mihun tea tarik

Utk jawatan kat jabatan yg x kritikal (bukan FL) dah bleh mansuh sket2. Kecik kn struktur.
Mana yg pencen, xyah ganti
Helok je org lain tanggung keja kannn...
Maknanya boleh je sorang tu buat keja utk 2org
Quote haruslah 17-7-2022 07:41 AM
airmineral replied at 16-7-2022 11:44 PM
da agak da, dlm pada kata hutang negara terkawa mesti dia cerut kantung gomen yg lain. yg terkesan,  ...

Lg byk jwtn menteri+timb menteri lg byk jwtn 'pegawai khas' diwujudkn dan segala jwtn utk diorg ni. Wpun secara kontrak, bukan sket2
Pastu nak bela (sara) lg diorg nye belanja dlm jabatan.
Tiap kali tukar, semua set tukarrrrrr

Utk jwtn jusa turus semua tu, dah boleh kurangkan elaun2 mengarut. Mcm elaun pembantu rumah. Gaji dah besau, elaun lg....
Quote Kitty_catz 17-7-2022 09:19 AM
reduce je la number of gomen serbans  ni yach, kecuali kementerian yg essential mcm kkm tu and pertahanan, pulis, bomba

hat lelain esp mocit pocit gendu duk kat putrajaya nun boleh kurangkan  50% of the population, termasuk menteri2 yg takde function and lantikan2 politaiks

kena lean and mean la bila dah takde dhuit nak hire reramai tu...

kupex boleh duk sesenyap dlm lubang kambuih belakang rumah

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.075050 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top