Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Rumah Bonda dibuka semula selepas Mahkamah Majistret, hari ini memberikan kebenaran.
Memetik laporan Harian Metro, premis tersebut bagaimanapun tidak boleh beroperasi sebagai pusat jagaan.
Rumah perlindungan berkenaan dikenakan tindakan Lak (penutupan) pada 12 Julai tahun lalu selepas menerima Notis Lak daripada Jabatan Kebajikan Masyaralat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKNWPKL) kerana tidak berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993.
Majistret Nur Syafiqah Noorinda hari ini membenarkan perintah untuk menanggalkan Lak seperti yang dipohon oleh Rumah Bonda melalui pengerusinya Siti Bainun Ahd Razali dalam saman pemula difailkan pada 7 Jun lalu terhadap Jabatan JKM WPKL agar premisnya dibuka semula.
Menurut peguam Asiah Abd Jalil yang mewakili Rumah Bonda selaku plaintif, perintah menanggalkan Lak diberikan Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 16A Akta Pusat Jagaan 1993, tanpa bantahan daripada JKM.
Menerusi perintah itu, Rumah Bonda hendaklah membuat aku janji bahawa premis tersebut tidak akan dijadikan sebagai pusat jagaan.
Rumah Bonda sudah dikompaun dan menjelaskan kompaun berjumlah RM5,000 itu pada 25 April lalu.
Dalam prosiding itu, Pengarah JKMWPKL diwakili Peguam Persekutuan, Fatin Shafira Ab Patah.
Berdasarkan afidavit sokongan difailkan bersama saman pemula, Siti Bainun berkata, Pertubuhan Rumah Bonda ditubuhkan pada 31 Januari 2019 dan mulanya beroperasi di Laman Residen, Kipark Seri Utara sebelum berpindah ke Taman Setapak pada 27 Oktober 2020.
Di Taman Setapak, rumah perlindungan dikenali dengan nama Rumah Bonda itu sepanjang beroperasi berada di bawah pemantauan JKMWPKL.
JKM sita Rumah Bonda (Sumber Sinar Harian)
Tindakan Lak yang dibuat atas alasan Rumah Bonda tidak berdaftar itu adalah tidak adil, tidak mengikut prinsip pentadbiran dan undang-undang administratif yang wajar kerana JKMWPKL mengetahui ia dalam proses permohonan pendaftaran.
Selepas tindakan Lak dilaksanakan, ahli jawatankuasa dan sukarelawan tidak lagi mempunyai akses untuk memasiki Rumah Bonda sekali gus menyukarkan usaha permohonan pendaftaran dan tidak boleh menjalankan kerja amal lain seperti penyediaan makanan bagi gelandangan dan pusat bank makanan. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Fuh.. baru tengok satu persatu gambo benon dlm thread ini... gemok nya sheols.. sheols still muda khuens.. ya Allah besar nya.. sampai terpeleot kepela lutut kaki tak straight
Masih berselera makan ya dan tak terkesan apa2 ya? Sorry la cuma aku sangat heran.. Ni betul2 aku tanya tau..Ke ada punca lain kita boleh membesar gitu selain makan3