CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kesan Luka, Jerut Di Leher- Budak 11 Tahun Mati Dalam Rumah Di Johor

15-7-2022 02:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4984| Komen: 39

Batu Pahat: Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Tropika, Yong Peng semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam kejadian pada 4.55 petang itu, mangsa ditemui dengan kesan luka di bahagian dahi dan kesan jerut di bahagian leher mangsa.

"Siasatan awal mendapati tiada kesan kecederaan lain pada badan mangsa.

"Keterangan saksi sudah diambil untuk mendapatkan fakta kejadian sebenar," katanya ketika sidang media di lokasi kejadian hari ini.

Foto: Harian Metro

Katanya, mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

"Ibu mangsa berusia 34 tahun ditahan untuk siasatan lanjut memandangkan terdapat kenyataan yang tidak konsisten daripada saksi dengan kenyataan suspek.

"Majistret Batu Pahat membenarkan suspek direman selama tujuh hari sehingga 21 Julai ini," katanya.

Kamarul berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 15-7-2022 03:00 PM
kesiannya adik... (
Quote Belibis 15-7-2022 03:00 PM
Pulakkkkk..bunuh isteri..bunuh suami..ni bunuh anak pulak..
Quote supernaturalee 15-7-2022 03:02 PM
rumah dia pat sagi nooo

contradict statement ye
the truth will prevail
let the body speak
Quote namieamuro 15-7-2022 03:03 PM
Edited by namieamuro at 15-7-2022 03:04 PM

amende ni penuh dgn berite2 tragis kesiannye dik. mak mude. anak 11 tahun. ape la yg sebenanye terjadi.

tggi betul tembok org sblh tu.
Quote syamzana 15-7-2022 03:04 PM
nak mrh apa kat budak ni sampai berjerut mati.
kesihatan mental ummah malaya thp kritikal la skrg
Quote minahmanja 15-7-2022 03:08 PM
johor sejak dua menjak ni mendunia betul..back to back kes... anyways mcm pelik jek design rumah dia tu, bhgn dapur ke apa...
Quote prettyuglybabe 15-7-2022 03:09 PM
cam comel je rumah dorang..
kotak 4 segi takde pagar..
Quote mejaputih 15-7-2022 03:13 PM
makin byk kes2 bunuh di johor...
Quote dua_chzy 15-7-2022 03:20 PM
minahmanja replied at 15-7-2022 07:08 AM
johor sejak dua menjak ni mendunia betul..back to back kes... anyways mcm pelik jek design rumah dia ...

Beginilah rumah 2 tingkat kos rendah. Dulu2 boleh dapat dalam 40k jah. Sekarang mungkin harga sudah triple di Johor itu.
Quote mizruncing 15-7-2022 03:35 PM
bangsa ape ni? banyaknyaa kes bunuh anak beranak skrg
Quote Suchi 15-7-2022 03:35 PM
Kalau tak Johor, Melaka.. kenapa byk pulak kes bunuh sesama ahli keluarga ni?
Nampaknya juga wartawan takde la asik bertunggu tangga kat sskjp ja kerana jenayah juga berlaku di negeri lain juga.
Quote tri-max 15-7-2022 03:48 PM
aha, boleh la rilex wartawan nak cover negeri SSKJP ni
negeri lain pun sama rancak, cracked house pun tgh hot
asik membunuh , terbunuh, plan membunuh
takut plak nak baca
Quote margo20 15-7-2022 03:55 PM
takut juga ye kalau dok stress marah anak sampai jadi gini astaghfirullahalazim mntk dijauhkan
Quote weezerfan 15-7-2022 03:58 PM
X pahamnya berita ni
Quote serex 15-7-2022 04:17 PM
minahmanja replied at 15-7-2022 03:08 PM
johor sejak dua menjak ni mendunia betul..back to back kes... anyways mcm pelik jek design rumah dia ...

Ni jenis rumah murah. Buka pintu depan terus nampak pintu belakang. 2 bilik kat atas, 1 toilet kat bawah..
Quote noxnox 15-7-2022 04:18 PM
Oh my ! Another kes Bunuh !  Kesian nya mangsa:dizzy
Quote cmf_premierleag 15-7-2022 04:21 PM
Hari tu laki bunuh bini dan baby
Pastu news anak jantan bunuh mak
Skang news mak lak bunuh anak pompuan

Quote elzy 15-7-2022 04:27 PM
Sana sini kes bunuh among family members, mengerikan..
Quote any42 15-7-2022 05:27 PM
makin rmai yg mental skrng. kesian bdk ni ape la salah dia smpai dibnuh mcm tu skli

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.039163 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top