CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Melawaklah Pasal Mak Pak Hang Ka, Peduli Pula Aku Tapi Bangsa Cina, India, Melayu?"-Sharnaaz Ahmad

15-7-2022 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2665| Komen: 11

Sharnaaz Ahmad tidak bersetuju dengan pendekatan segelintir pelawak tempatan ‘liberal’ yang terikut-ikut budaya komedi masyarakat Barat.

Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata, mengecam sesama bangsa dan menjadikannya sebagai bahan lawak bukanlah budaya sihat di negara ini.


Foto: IG

“Budaya kecam sesama bangsa dijadikan bahan lawak ini biasanya di luar negara. Jadi, puak ‘open-minded’ ini mana boleh ketinggalan. Kena ikut ‘par’ yang ditetapkan.

“Lawak pasal orang Melayu, yang gelak Melayu juga. Lepas itu, pergi wayang pakai tengkolok bersilat depan pawagam lepas tengok Mat Kilau,” coretnya sarkastik dalam Instastory.




Pelakon filem Juvana itu bertegas, tidak perlu mengikut jejak langkah Mat Salih dalam berlawak kerana orang Malaysia mempunyai identiti tersendiri dalam melahirkan bahan komedi berkualiti.

“Aku rasa pelawak tanah air ada cara, kaedah dan terbukti dari zaman Allahyarham P. Ramlee, Tompel dan Sudin. Apek, Yasin Senario, Sepahtu, Jep, Shuib termasuklah Allahyarham Pak Yus dan Din Beramboi.



“Kita ada cara kita. Cukup berkesan. Nak mikrofon terbuka, boleh tapi kenapa perlu tiru cara Mat Salih? Itu cara depa (mereka), cara kita?

“Melawaklah pasal mak hang ka, pak hang ka, peduli pula aku tapi bangsa Cina, India, Melayu?

“Kita tak ‘terbuka’ tahap itu lagi wahai Malaysia. Kalau rasa nak berperang, teruskan. Dunia luar dah rasa dah. Bermula dari gurauan menjadi kekacauan,” getusnya.



Sehubungan itu, Sharnaaz, 37, berasakan pihak berkuasa harus bertindak bijak mengambil tindakan sewajarnya agar apa yang berlaku, tidak lagi berulang.

“Kerajaan perlu pintar dan pantas tangani masalah ini sebelum bangsa menjadi mangsa.

“Sia-sialah anak bangsa kita bernama Mat Salih ‘celop’. Ditanya siapa itu Sang Adi Putra, dijawabnya, Jai KL Gangster,” katanya.



Terdahulu, wanita yang sebelum ini tular membuka tudung dan menanggalkan baju kurung dalam satu persembahan di sebuah kelab komedi, Siti Nuramira Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen baru-baru ini.

Rentetan itu, satu per satu provokasi melawak dengan menjadikan sentimen bangsa dan agama di pentas premis bernama Crackhouse Comedy Club tersebut dirungkai dan kini dalam siasatan pihak berkuasa. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 15-7-2022 02:12 PM
Cewahhh issue sndr diam plak
Quote SherryZass 15-7-2022 02:19 PM
dia jugaklah nak jadi pengulas tak berbayar setiap kali ada issue hot
Quote babelina 15-7-2022 02:44 PM
eh.. hrtu nye kes dh buat pc ker belum.. senyap jer..
Quote nurainimz 15-7-2022 03:00 PM
issue diri sendiri pun tak settle lahi, sibukkan la dengAn issue orang lain..apooo
Quote fadz84 15-7-2022 03:00 PM
Dah mcm taliban ngn jmbang cmtu .. huhu
Quote mizruncing 15-7-2022 03:30 PM
yelahh nanaz.. kali ni i sokong u
Quote jihyomelly 15-7-2022 03:45 PM
mamu parpu ni hinggaq la…
Quote kotakominami 15-7-2022 04:47 PM
Edited by kotakominami at 15-7-2022 04:49 PM

Ditanye siapa itu jebat...jawabnye jebat jayden
Quote QueenIsolde 15-7-2022 05:14 PM
Wpon life heols tumbang terbalik, tang ni aku sokong pendapat heols. Dua2 dia mention, geng liberal ng pihak berkuasa. Smpai bila nak tutup mata klu melibatkan lawak tang agama n bangsa esp jokes about Malay Muslim. Klu lawak agama bangsa lain cepat je dorg buat keje.
Quote uori 15-7-2022 10:53 PM
PC mana?
Quote DARSITA 16-7-2022 04:47 AM

Bab bab ni kena ikut orang hitam .. dia orang sesama sendiri mengnigger nigger tapi bila bangsa/kaum lain meningger kan mereka, mereka tentang habis habisan.

Apamacam Melayu ada berani ke?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.037162 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top