CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelawak Hafaz Al-Quran 15 Juzuk, Ridhuan Tee Kata Belum Tentu Sempurna Dan Faham Islam

15-7-2022 01:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1592| Komen: 9

Pakar motivasi dan pendakwah, Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah menegaskan kebolehan seseorang menghafaz al-Quran belum cukup menjadikan seseorang itu sempurna sebagai umat Islam.


Sebaliknya kata Ridhuan, menghafaz al-Quran dengan beramal dalam Islam adalah dua perkara berbeza manakala mempelajarinya belum cukup sekiranya tiada penghayatan.

"Saya harap pelawak, penyanyi atau sesiapa sahaja, hafaz al-Quran bukan tanda anda ahli syurga. Hafaz al-Quran bukan tanda faham Islam.


Foto: via mStar

"Hafalan itu mestilah disertai dengan kefahaman dan penghayatan. Dalam Islam, paling penting adalah akidah dah akhlak.


"Disertai dengan kefahaman tauhid Rubbubiyyah (mengenali kebesaran Allah) dan tauhid Uluhiyyah (pengabdian kepada Allah). Belum ada jaminan yang hafaz al-Quran masuk syurga jika tidak disertai dengan iman, takwa kepada Allah," katanya.

Ridhuan berkata demikian sebagai mengulas tindakan seorang wanita yang mengaku menghafaz 15 juzuk al-Quran ketika mengadakan persembahan komedi berdiri sebelum menanggalkan tudung dan pakaiannya.

Dalam pada itu, Ridhuan berkata, menghafaz al-Quran juga bukan bererti seseorang itu boleh membaca dan menulis dalam tulisan jawi melainkan ia melibatkan pembelajaran, fahaman dan penghayatan.




"Belajar sahaja tidak mencukupi jika tiada penghayatan. Hafaz al-Quran tidak semestinya boleh berbahasa dan memahami bahasa Arab kerana ia melibatkan amalan atau penghayatan," katanya.

Ridhuan turut menjelaskan sekiranya setiap umat Islam memahami agama sebaik-baiknya, maka tidak mungkin masih wujud beberapa negara Arab yang hidup dalam peperangan.

"Penduduk di negara Timur Tengah faham bahasa Arab, faham isi kandungan al-Quran sebab dalam bahasa itu. Malangnya, semua negara tidak juga maju malah berbunuhan sesama sendiri.

"Isunya adalah soal penghayatan meskipun hebat berbahasa Arab atau menghafaz al-Quran," katanya.

Terdahulu, Siti Nuramira Abdullah membuat pengakuan tidak bersalah ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Siber Kuala Lumpur pada Rabu lalu atas tuduhan menghina Islam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan kegusaran dan suasana tidak harmoni di atas alasan-alasan agama, di antara orang-orang yang menganut agama yang sama ketika membuat persembahan komedi berdiri di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 15-7-2022 01:35 PM
Iya. Macam anak jantan kau.
Quote Artemesiaa 15-7-2022 01:53 PM
Betul ler tu ramai yang tahu baca dan menghafal tapi masih ramai yang tak faham isi kandungannya
Quote white_musk 15-7-2022 02:44 PM
Artemesiaa replied at 15-7-2022 01:53 PM
Betul ler tu ramai yang tahu baca dan menghafal tapi masih ramai yang tak faham isi kandungannya

Bagus baca dan hafal saja juga
Quote babelina 15-7-2022 02:55 PM
aku dgr ceramah agama, ustaz tu ckp.. kehebatan Al Quran nie.. ko bc la gagap mana pn.. walau ko belum memahaminya.. tp pahala ko mmg dpt..
Quote dani-rox 15-7-2022 03:30 PM
dua_chzy replied at 15-7-2022 01:35 PM
Iya. Macam anak jantan kau.

hahaha... drag him sis. go straight for the jugular
Quote dua_chzy 15-7-2022 03:32 PM
dani-rox replied at 15-7-2022 07:30 AM
hahaha... drag him sis. go straight for the jugular

Dia ni dari dulu mulot memang tak jaga sis. So aiol yang berhati hitam sangat puas hati tengok anak dia buat hal.
Quote dani-rox 15-7-2022 03:35 PM
dua_chzy replied at 15-7-2022 03:32 PM
Dia ni dari dulu mulot memang tak jaga sis. So aiol yang berhati hitam sangat puas hati tengok ana ...

still muka dia tebal persis kulit badak kan. mcm takda apa2 tegur org sana sini, padahal anak sendirik satu Malaysia tahu ada bideo panas comolot dgn ponen
Quote dua_chzy 15-7-2022 03:49 PM
dani-rox replied at 15-7-2022 07:35 AM
still muka dia tebal persis kulit badak kan. mcm takda apa2 tegur org sana sini, padahal anak send ...

Kan. Mungkin dia pun sama berhati hitam macam aiol.
Quote shida81 18-7-2022 10:48 AM
betul la apa dia ckp tu... klu khatam alquran tetiap bulan pun x paham maksud pun x guna...
ak rase dr jadi tahfiz baik paham kan dulu maksud alquran

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.041212 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top