CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Filem Kadang Laku Kadang Tak, Syafiq Yusof Tertekan Dibandingkan Dengan Syamsul Yusof

15-7-2022 12:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4979| Komen: 66

Pengarah Syafiq Yusof tidak dapat menutup tanggapan segelintir pihak yang akan membandingkan karyanya dengan filem arahan abangnya, Syamsul Yusof.

Syafiq yang kini menanti tayangan filem arahannya, Abang Long Fadil 3 pada September ini berkata, melihat kejayaan filem Mat Kilau arahan abangnya itu yang mendapat sambutan luar biasa memberi satu tekanan kepada dirinya.

Foto: Harian Metro

"Rasa tekanan itu memang ada. Walaupun saya tak nak bandingkan filem saya dengan filem-filem abang, namun orang luar akan tetap bandingkan. Mereka akan kata: 'Oh dia tak sehebat abang dia, kutipan filem dia tak setinggi abang dia.'

"Kalau filem saya box office, Alhamdulillah. Kalau tidak box office pun, saya akan terus berjuang buat filem yang bagus untuk industri perfileman di Malaysia," katanya.



Menurut Syafiq, biarpun tertekan namun dia berbangga dengan kejayaan yang diraih abangnya itu dan percaya Syamsul memiliki sentuhan emas seperti bapanya, Datuk Yusof Haslam.

"Itu fakta. Ayah saya buat filem semua laku, semua hit. Abang saya juga punya sentuhan yang sama. Saya saja kadang-kadang laku kadang-kadang tidak. Rezeki masing-masing kan?



"Tetapi, saya tetap bangga dengan kejayaan abang saya. Menerusi kejayaan Mat Kilau, saya harap lebih ramai orang akan datang ke pawagam dan menonton filem tempatan.

"Dalam masa yang sama, ia menjadi penyebab kepada pengarah lain untuk mendapat peluang mengarahkan filem-filem berbajet besar, seterusnya menghasilkan karya-karya bermutu pada masa akan datang," katanya.



Dalam pada itu, Abang Long Fadil 3 bakal menemui penonton pada September ini.

"Sebenarnya filem itu sudah lama siap, tapi tertangguh akibat pandemik. Sekarang dah okey sedikit, dan filem Mat Kilau pun menunjukkan prestasi yang bagus dan orang pun mula berani untuk ke panggung wayang semula," katanya.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote she 15-7-2022 12:14 PM
Siapa yang banding?
Ke diri sendiri yang terasa?

Memandai je pitenah netizen
Done bekap Sol
Quote prizadane 15-7-2022 12:18 PM
Tapi aku suka lagi la skrip adik sol ni kalau nak dibandingkan dengan pak n abang dia. Skrip gerak khas sangat dalam mana mana movie
Quote doubleA 15-7-2022 12:26 PM
Besar dah anak2 dia. Muka bini iras2 IK patut taste adik beradik sepesen muka camtu muka desa
Quote Redmyvi 15-7-2022 01:20 PM
xpala apit ooii jnji kau tk curang.. haha tiber
Quote uori 15-7-2022 01:22 PM
doubleA replied at 15-7-2022 12:26 PM
Besar dah anak2 dia. Muka bini iras2 IK patut taste adik beradik sepesen muka camtu  muka desa

jahatttttt
Quote Perawankota 15-7-2022 01:32 PM
Filem kau kena byk pikir.. Filem syamsul, filem Komersial.. Org lagi suka tgk filem Komersial tak yg nk pening2.. Tak per, aku suka jer ko punya filem..
Quote ayana89 15-7-2022 01:37 PM
Aku pn suka filem dia. Mcm misteri apa tu ek lupa dah…best kot!
Quote doubleA 15-7-2022 01:54 PM
Perawankota replied at 15-7-2022 01:32 PM
Filem kau kena byk pikir.. Filem syamsul, filem Komersial.. Org lagi suka tgk filem Komersial tak yg ...

Samalah iols pun tengok je pilem sapik ni, tak minat kl gangster ke munafik pilem sol. So teruskan jela buat cite kena pikir sebab iols lebih suka cite camtu menguji minda sikit
Quote fazila17 15-7-2022 02:06 PM
Iols lagi suka filem you Syafiq

Filem Syamsul iols suka Mat Kilau je



Quote seri_mawr 15-7-2022 02:28 PM
fazila17: Iols lagi suka filem you SyafiqFilem Syamsul iols suka Mat Kilau je

me tooo....

citer Syamsul MK je aku pi pawagam...yang lain2 tunggu tayangan free kat TV jah...
Quote mendeluk 15-7-2022 02:29 PM
doubleA replied at 15-7-2022 12:26 PM
Besar dah anak2 dia. Muka bini iras2 IK patut taste adik beradik sepesen muka camtu  muka desa

Tu thread lepas aku pernah ckp. Bini dia sepesen mcm IK. Muka2 stok duduk pprt .
Quote orangbiasaje 15-7-2022 06:30 PM
Suka je dedua punya citer. Cthnya, suka Munafik pertama (sebab twist SPOILER anak dah mati dan abil berlakon mmg menjadi), dan suka KIL (sbb can relate masalah mental tu).
Quote prizadane 15-7-2022 06:41 PM
orangbiasaje replied at 15-7-2022 06:30 PM
Suka je dedua punya citer. Cthnya, suka Munafik pertama (sebab twist SPOILER anak dah mati dan abil  ...

Kenapa KIL tu chuols? KIL tu director Nik Amir Mustapha.. geng geng indie punya. Tapi iols suka KIL tu walaupun flop kat cinema
Quote orangbiasaje 15-7-2022 09:24 PM
prizadane replied at 15-7-2022 06:41 PM
Kenapa KIL tu chuols? KIL tu director Nik Amir Mustapha.. geng geng indie punya. Tapi iols suka KI ...

Oh, okay, salah igt. Misteri deLaila yg i suka si Syafiq buat.

Sebenarnya boleh saja penerbit dan pengarah buat cerita yang plot and lakonan interesting. Tapi jarang dapat sambutan yang menjadi masalahnya. So end up cerita cliche tapi formula laku keras.
Quote prizadane 15-7-2022 10:00 PM
orangbiasaje replied at 15-7-2022 09:24 PM
Oh, okay, salah igt. Misteri deLaila yg i suka si Syafiq buat.

Sebenarnya boleh saja penerbit dan ...

Owh, aah Misteri Delaila kan ada 2 ending tu? Cerita tu not bad… tapi tu lah, orang kita malas nak berfikir. Cerita sol tak perlu fikir sangat. Takpe, mana tahu adik sol ni boleh jadi cam arwah mamat khalid. Awal-awal susah orang nak terima n faham konsep dia
Quote orangbiasaje 15-7-2022 10:03 PM
prizadane replied at 15-7-2022 10:00 PM
Owh, aah Misteri Delaila kan ada 2 ending tu? Cerita tu not bad… tapi tu lah, orang kita malas na ...

Amiin...moga2 begitu...
Quote .HannahMontana. 15-7-2022 11:03 PM
kesian tengok muka bini dia

mcm sengsara nak senyum punnn

yg abang tu  mmg pure jantan ego melangit dapat bini panas baran mulut kepochi

yg adik ni muka  sejuk sikit , bini pun xnampak macam  panas
Quote naina 15-7-2022 11:57 PM
Humblenya adik sol
Cari bini pun biasa2 tidak terpaling
Yang bini pun tak gigih ubah muka walaupun duit banyak..semoga bahagia selalu
Quote lyshafull 16-7-2022 12:36 AM
Senanye abe syafiq org malaysia x suka citer complicated .. org penat kerja x kan tgok wayang pun kene fikir takpe abe syafiq iols doakn moga uolas
Berjaya … x semestinye lambat naik x berjaya

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.036579 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top