|
Kesungguhan pelawak Amir Raja Lawak dalam mencari rezeki dengan menjual air jagung menerima pujian netizen. Menurut satu ciapan yang dikongsikan pengguna laman sosial Twitter, @akeemsharyzal, dia mengulang ciap sebuah twit yang memuji sikap pelawak berusia 33 tahun itu dalam mencari mata pencarian untuk menampung kehidupan.
“Contoh artis terbaik dalam mencari rezeki, tidak pernah mengeluh ketika tiada job dan tidak merasa malu berniaga di jalanan. Tahniah Amir Raja Lawak. “Aku pun macam tiba-tiba nak share dekat Twitter aku, sebab aku tahu struggle nak meniaga tu macam mana, semoga murah rezeki,” tulisnya.
Amir atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi, 32, mula meniaga dengan membuka gerai menjual air jagung secara kecil-kecilan dengan jenama, Air Jagung Amirreka di Prima Saujana, Kajang sejak tahun lalu sebagai mata pencarian tambahan buat menyara kehidupan. Rata-rata netizen bersetuju dengan menyifatkan Amir seorang selebriti yang tidak pernah mengeluh, sebaliknya rajin berusaha sendiri untuk kelangsungan hidup. “Baguslah, hidup tak perlu mengeluh. Setiap manusia ada jalan rezekinya, teruskan semangat berniaga Amir. “He’s a kind person sebab pernah bantu buat review untuk produk saya dulu, semoga Allah rahmati dia.
|
she replied at 15-7-2022 12:19 PM
Apa yang malu nya
Dia bukan Brad Pitt Tom Cruise Robert Pattinson Leonardo Rose Mark Walberg Keenu R ...
) janji uols ada usaha bekerja & buat kerja halal. kakasotong2 replied at 15-7-2022 12:21 PM
Tengok air2 yg dia jual pun boleh tahu air tu piau & sedap. Dah lama kan heols jual air ni rasa dah ...
heythere123 replied at 15-7-2022 12:20 PM
produk timbang kilo tu yg hair care tu ke uols?
she replied at 15-7-2022 12:25 PM
Dia cakap haircare
Tapi kena minum macam produk supplement founder2 lain tu
she replied at 15-7-2022 12:25 PM
Dia cakap haircare
Tapi kena minum macam produk supplement founder2 lain tu

teringat sohai jual produk tuk tutttt jantan tpi spray kat lidah



sebab tak nampak pulak sohai post dia repeat order 
mizruncing replied at 15-7-2022 03:33 PM
sedap ke air jagung dia? teringin nak try
lasagna replied at 15-7-2022 03:41 PM
sedapppp gak.. prnh singgah beli berbotol2 dulu. peramah sgt dia ni so xde laa pembeli rse kekok. ...
mizruncing replied at 15-7-2022 03:33 PM
sedap ke air jagung dia? teringin nak try
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.060079 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.